Part 46

173 23 0
                                        

Wow! Dah 40 lebih part. Harap korang bersabar untuk tunggu sehingga endingnya nanti. Sis cuba cari idea dan insha Allah tak akan panjang. Stay vote and read my story! <3

 ~AMI POV~

Aku gembira bila tengok Leya senyum bahagia begitu. Taehyung memang lelaki sejati. Aku masih ingat kata-kata ni, 'A real man will offer you marriage but a jerk will offer you zina.'  Taehyung atau lebih senang aku panggil dia Muiz memang serius dengan Leya. 

Sekilas anak mataku bertembung dengan sepasang mata milik Jungkook yang memandang aku. Aku tahu dia juga harapkan perkara yang sama, tapi aku sendiri sudah buat keputusan, dan aku tak akan tarik balik. 

Tiba-tiba, 

"Jin oppa!" Kalau tadi, kami dikejutkan dengan lamaran Taehyung sekarang kedatangan Ye In yang tidak di duga  buat semua orang terpempan. 

"Kau ke yang jemput dia datang sini?" Jimin berbisik pada Jungkook. 

"Annya, halmeoni jemput Yoo Rae sekeluarga."Jawab halmeoni. 

Ye In berjalan menghampiri Jin oppa dengan senyuman lebar sementara itu dia sempat melirik manja pada Jungkook. 

"Chukkahae Jin oppa, saya ada bawakan hadiah untuk awak." Perempuan itu menghulurkan sebuah kotak empat segi yang bersaiz sederhana pada Jin oppa. 

Jin oppa menyambut kotak itu dalam keadaan janggal. "Awak seorang je ke, mana ahjumma?" soalnya sambil mencari bayang tubuh Puan Yoo Rae. 

"Omma minta saya jadi wakil. Mianhae, sebab datang lambat. Majlis pun dah habis," 

"Kamu lapar ke? Kami baru saja nak makan malam, jemputlah masuk." Sekarang semua mata memandang halmeoni. 

"Jinjja? Tak mengganggu ke?" Ye In ragu-ragu lebih-lebih lagi bila semua mata memandang halmeoni. 

"Annya, marilah." halmeoni langsung tidak mempedulikan mata-mata yang memprotes. Dia masuk ke dalam rumah dahulu.

Ye In menggamit lengan Jungkook dan meletakkan kepala pada bahunya. Jin oppa dan Taehyung sama-sama terkejut. Saat itu, aku tahu yang aku tak boleh lama-lama lagi di sini. Aku kena pergi cepat. 

"Halmeoni!" Aku memanggil halmeoni yang baru sahaja menjejak tangga. Aku  menghampirinya lantas aku menyalami tangannya. 

"Saya minta diri dulu, saya tak boleh lama-lama di sini." Pintaku. 

"Ah, tunggulah sekejap. Lepas makan, kamu baliklah." Halmeoni memujukku supaya tinggal sekejap. 

Aku mengerling Jungkook sesaat. Ye In nampak bahagia di sampingnya. 

"Andwae, ada beberapa kerja yang saya kena selesaikan. Saya minta diri dulu," gamitku. Leya dan Qis turut sama menyalami tangan halmeoni. 

"Kami pun nak minta diri dulu, halmeoni." Ujar Taehyung. Dah kenapa pulak, Jimin pun sama?

Setelah bersalam-salaman dengan harabeoji dan mengucapkan tahniah sekali lagi pada Jin oppa, barulah kami melangkah pergi. 

"Ami," Ye In memanggilku. Namun, berat hati aku nak memandang dia sebab aku tahu apa yang dia nak ucapkan. 

"Gummawo,"  

Ringkas sahaja tapi cukup menyentap hati aku. Sudahlah, aku takkan patah balik. Aku cuma mampu doakan supaya korang bahagia je. Asalkan kau bahagia, Jeon Jungkook. 

-----------------------------------

Sudah beberapa hari berlalu dan sudah berhari-hari jugak aku tak bertemu dengan Jungkook. Kalau jumpa dekat uni pun hanya berselisih jalan, tak gaduh macam dulu, tak borak macam dulu dan aku perasan dia makin hilang senyuman. Senyuman yang dipamerkan pun tawar semata. Bukan patut dia bahagia dengan Ye In ke? 

The Boys  Next DoorTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang