Taehyung mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Tae Ryung. Ayah Taehyung, Gun Moo seorang kaki mabuk, penaguh dadah dan seringkali memukul ibu Taehyung dan Tae Ryung sewaktu Taehyung di asrama. Ibu Taehyung meninggal dunia kerana barah hati di depan matanya sendiri dan ayahnya pula terus menghilangkan diri. Sangka Taehyung selepas pemergian ibu, ayahnya akan berubah.
Tetapi, Taehyung salah sama sekali. Sewaktu dia baru sahaja pulang dari sekolah, Taehyung terkejut melihat keadaan rumah yang bersepah dan adiknya juga menangis dengan teruk.
"Ryung, apa dah jadi?" soal Taehyung. Tae Ryung terus memeluk abangnya.
"Appa paksa Ryung melacur, Ryung tak nak. Appa pukul Ryung..." kata Tae Ryung tersedu sedan. Taehyung mengetap gigi, rasa amarahnya kepada Gun Moo makin meluap-luap. Dia sangat risaukan Tae Ryung.
Suatu hari, Taehyung dan Tae Ryung baru sahaja hendak menikmati makan malam, Gun Moo datang ke rumah. Dia meneraburkan makanan yang telah Tae Ryung susun di atas meja.
"Kenapa kau degil sangat, susah sangat ke nak dengar cakap aku?!" Gun Moo terus memarahi Tae Ryung.
"Tak, Ryung tak akan buat!" Tae Ryung membalas kembali. Gun Moo yang sudah tidak dapat menahan sabar terus mengangkat tangan hendak memukul Tae Ryung. Taehyung dengan pantas menolak Gun Moo jauh daripada adiknya.
"Hei, kau siapa? Ke tepi!!" Gun Moo mengamuk.
"Saya siapa? Saya anak perempuan yang ayah bunuh." Taehyung membalas dengan berani. Dia tidak akan membiarkannya kali ini.
"Aku tak pernah ada anak macam kau!" Gun Moo menolak Taehyung dengan kasar. Tangan Tae Ryung cuba direntap sekali lagi tetapi ditepis Taehyung.
"Jangan paksa dia lagi!"
Tiba-tiba, seorang lelaki yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah. Makanan yang berterabur di atas lantai dipijak-pijak.
"Gun Moo, kenapa lambat?" soal Ryo.
"Maaf Ryo, ada orang kacau." Ryo mendekati Gun Moo dan melayangkan penumbuk kewajah Gun Moo. Taehyung dan Tae Ryung sama-sama terkejut.
"Budak macam ni pun kau tak boleh settle?" Ryo melihat Taehyung dari atas ke bawah.
"Kau siapa?" Taehyung memberanikan diri menyoal Ryo.
"Aku, aku datuk kau!" Ryo terus menendang Taehyung sehingga dia jatuh terduduk. Tae Ryung terus mendapatkan Taehyung.
"Kau ikut aku!" Ryo mendekati Tae Ryung terus Tae Ryung memeluk Taehyung dengan kuat.
"Ahh..Gun Moo, macam mana kau boleh ada anak tak guna macam ni?" Ryo menghina Taehyung dan Tae Ryung. Taehyung berang dan mengambil botol arak Gun Moo dan menghentaknya ke kepala Ryo.
"Kau memang nak mati! Masuk!" Ryo memegang kepalanya yang mula mengalir darah pekat. Beberapa orang lelaki masuk kedalam rumah dan membelasah Taehyung dan Gun Moo. Ryo menarik Tae Ryung keluar dari rumah itu.
"Gun Moo, hutang kau langsai!" Ryo mengheret Tae Ryung. Taehyung menendang salah seorang samseng dan mengejar Ryo. Taehyung terus menumbuk Ryo. Tae Ryung ditarik kepadanya.
Ryo bangkit kembali dan membuat serangan balas sehingga Taehyung tersungkur kembali. Taehyung sekali lagi dibelasah oleh lelaki-lelaki tadi. Tae Ryung tidak dapat berbuat apa-apa.
"Annyeong oppa-ga!" Ryo mengejek Taehyung. Tae Ryung terus dipaksa masuk ke dalam kereta. "Oppa!!"
Taehyung ditinggalkan selepas dipastikan dia sudah lemah. Taehyung tidak berdaya untuk bangun kembali. Dia hanya dapat melihat kereta yang membawa adiknya pergi. Dia masih ingat lagi bagaimana Tae Ryung menjerit memanggilnya.
"Tae Ryung...." serta merta pandangannya gelap.
Seminggu selepas kejadian itu, Taehyung sudah tiada arah tuju sehingga membuatnya menjadi liar. Dia merosakkan harta benda awam dan menyembur dinding sebuah kedai dengan penyembur cat.
Jungkook merupakan rakan Taehyung sejak sekolah rendah, apabila dia melihat Taehyung menyembur dinding dia terus berlari ke arah Taehyung.
"Taehyung, apa kau buat ni?" Jungkook terkejut melihat perubahan diri Taehyung.
"Cantikkan lukisan aku?" kata Taehyung sambil tersengih. Jungkook melihat sekeliling, ada beberapa orang polis sedang berjalan ke arah sini.
"Wei, wei, lari cepat!!" Jungkook menarik Taehyung lari dari pihak polis. Jungkook membawa Taehyung ke kedai serbaneka.
"Apa dah jadi pada kau, dulu kau tak macam ni?" soal Jungkook. Taehyung terdiam sekejap.
"Dia dah bawa lari Ryung..." air mata Taehyung mengalir deras. Jungkook menepuk belakang badan Taehyung.
"Tak apa, kau tinggallah dengan aku dan Jimin mulai sekarang." cadang Jungkook. Taehyung terus menangis apabila terfikir tentang keadaan adiknya sekarang.
Begitulah kisah silam Taehyung, sekarang Gun Moo dan Tae Ryung masih tidak dapat dijejaki. Tetapi, Taehyung akan melakukan apa sahaja untuk mencari adiknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Boys Next Door
FanficBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...