Tokk, tokk!! Bunyi pintu diketuk oleh seseorang dari luar rumah Qis, Ami dan Leya. Ami daripada duduk di sofa terus bangun dan menuju ke pintu utama untuk melihat siapakah yang datang ke rumah mereka pagi-pagi ni? Tudung disarung ke kepala lalu pintu dibuka.
"Suprise!!" Damia tersenyum ceria. Tetapi, Ami langsung tak terkejut. "Hamboi, aku ingatkan kau pun ada rancangan nak bercuti." Ami menyamakan Damia dengan Atillia yang sudah selamat tiba di kota Paris.
"Isy, takkanlah aku nak biarkan kau buat seorang?" Damia memujuk. Lengan Ami dirangkul kemas. "Lagipun, barang-barang aku ada kat sini macam mana aku nak pergi bercuti?"
"Yelah Mia, duduklah dulu." Ami mempelawa Damia duduk di ruang tamu mereka. Damia melihat segenap ruang di dalam rumah ini. Untunglah mempunyai keluarga yang kaya, senang hendak mencari rumah di mana-mana.
"Mia!!" Qis memeluk Damia. Leya yang baru sahaja keluar daripada bilik air terus pergi ke ruang tamu.
"Korang semua ni untung dapat rumah besar macam ni, jiran pula handsome belaka. Aku ingatkan Jimin dengan Jungkook je jiran korang tapi ada lagi dua orang yang aku tak kenal, siapa diorang?" Sebelum Damia mengetuk pintu rumah Ami, dia sempat meninjau rumah sebelah.
Ami, Qis dan Leya sudah lali dengan perkataan 'handsome' itu. Memang mereka akui bahawa merekalah orang yang paling beruntung. Tetapi, ada sesuatu yang tidak kena. Rasanya Damia menyebut dua orang lelaki yang tidak dikenali.
"Dua?!" Ami, Leya dan Qis berkata serentak membuatkan Damia terperanjat. Selain Taehyung siapa lagi seorang yang tidak Damia kenali?
--------------------------------------------------------
"Hai dongsaeng, bogoshipeoseo..." Jin memeluk Jungkook dengan erat. Jungkook melepaskan diri dari pelukan Jin.
"Hyung, macam mana perjalanan ke sini?" soal Jimin dengan mesra sekali.
"Adalah sesat sikit tapi hyung tak kisah asalkan dapat jumpa adik kesayangan hyung ni!" Jin menepuk-nepuk belakang badan Jungkook.
"Hyung akan tinggal sini untuk masa yang lama ke?" Soalan Taehyung mengundang jelingan maut daripada Jungkook. Bukannya Jungkook tidak sukakan Jin, tetapi dia tidak mahu menyusahkan Jin.
"Tak lama pun, sehari je. Esok hyung nak melawat harabeoji dan halmeoni di Busan." Terang Jin.
Jungkook dan Jin bukanlah adik beradik kandung, Jin sebenarnya merupakan abang saudara Jungkook. Mereka mula rapat sejak mereka tinggal bersama harabeoji dan halmeoni mereka di Busan.
"Busan? Boleh kami ikut sekali?" Soal Taehyung. Dia tidak pernah pergi ke kampung halaman Jungkook dan Jin. "Mestilah, ramai-ramai lagi seronok." Ujar Jin. Jimin dan Taehyung mula teruja.
"Kookie?" Jin bertanya pada Jungkook.
"Saya ikut," kata Jungkook endah tak endah. Tiba-tiba, Jungkook terlihat Ami, Qis, Leya dan Damia yang sedang menghendap mereka. "Apa yang diorang buat tu?"
"Siapa tu?" Jin melihat gadis-gadis rumah sebelah, keningnya terangkat. "Mereka semua memakai hijab, siapa mereka semua?"
"Mereka semua jiran kami," terang Jimin.
"Menarik, kenalkanlah pada hyung." Ujar Jin. Dia tertarik ingin mengenali gadis-gadis yang berhijab itu. Jimin, Taehyung dan Jungkook memandang Jin tanpa berkerdip.
Sementara itu di rumah sebelah, Ami, Leya dan Qis berusaha hendak melihat siapakah lelaki misteri yang bersama tiga jiran mereka itu.
"Apa kata kita tanya je?" cadang Qis. Ami meminta Qis bersabar.
YOU ARE READING
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...