Part 11

237 20 2
                                        

Jungkook melangkah masuk ke dalam rumah tradisional Korea yang dikenali sebagai 'hanok' ini dengan berhati-hati. Dia mencari seseorang di dalam hanok itu. 

"Halmeoni?" Jungkook melihat setiap pelusuk rumah itu namun kelibat datuk dan neneknya langsung tidak kelihatan. Rumah itu kelihatan sunyi seperti tiada orang. Jungkook keluar semula. 

"Ada tak?" Jimin bertanya. Jungkook membalas dengan gelengan. "Jin hyung, selalunya harabeoji dan halmeoni ada di mana?" 

"Mungkin di gudang," fikir Jin. Terus 4 jejaka itu menuju ke gudang penyimpanan kicap soya. Sesetengah masyarakat korea menghasilkan kicap soya dan pes cili sendiri. Maka tidak hairanlah jika kicap soya dan pes cili lebih mudah didapati di kawasan pedalaman. 

Jungkook masuk ke dalam gudang yang dinyatakan. Tembikar-tembikar yang menyimpan kicap soya tersusun dengan kemas dan teratur. Tiba-tiba, Jungkook perasankan susuk tubuh seseorang yang sangat dirindui. Seseorang yang telah menjaganya sejak kecil lagi. 

"Halmeoni!" Jungkook menjerit memanggil wanita tua itu sehingga wanita tua itu terperanjat dan hampir mencampak periuk. 

Wanita yang Jungkook gelarkan 'halmeoni' itu memandang belakang. Beliau mengecilkan bola matanya untuk melihat wajah Jungkook. 

"Halmeoni, ini saya Jungkook!" jerit Jungkook lagi. 

"Jungkook?" Nenek Jeon terpinga-pinga, Penglihatannya agak kabur. Jungkook tidak melengahkan masa, dia terus berlari ke arah halmeoni. 

"Halmeoni, ni sayalah Jungkook!" Jungkook meletakkan tangan halmeoni pada wajahnya. Barulah Nenek Jeon  tersedar, terus Jungkook dipeluk dengan erat. 

"Jungkook, kamu dah tinggi dan kacak sekarang." Nenek Jeon mengusap pipi Jungkook. Rambut Jungkook turut diusap perlahan. 

"Bogoshipeoseo..." Jungkook merengek manja mengundang tawa Nenek Jeon. 

"Halmeoni pun, dah bertahun kamu tak jenguk kami. Kamu dah tak sama seperti dulu." Kata Nenek Jeon. 

"Halmeoni, saya nak kenalkan kawan-kawan saya pada halmeoni." 

"Kawan? Lelaki ke perempuan?" 

"Lelakilah..."Jungkook memimpin tangan Nenek Jeon keluar dari gudang untuk bertemu dengan Taehyung dan Jimin. 

Keluar sahaja, datuk Jungkook, Datuk Jeon kelihatan sedang berbual-bual dengan Jimin, Taehyung dan Jin. 

"Harabeoji!" Jungkook mendakap Datuk Jeon dengan erat. 

"Jungkook-ah, lama tak jumpa kamu." Datuk Jeon menepuk belakang badan Jungkook. 

"Mianhae..." Jungkook dihurung rasa bersalah. Setelah diterima masuk ke Universiti Hanyang, dia sudah tidak menjenguk kampung halaman. 

"Tak mengapa, sekarang kamu dah balik terubat sikit rindu harabeoji dan halmeoni pada kamu." Ujar Datuk Jeon sambil tersenyum. 

"Siapa pula mereka semua ni?" Nenek Jeon baru perasan akan kehadiran Jimin dan Taehyung. 

"Inilah kawan-kawan Jungkook. Taehyung dan Jimin," Jin memperkenalkan Jimin dan Taehyung kepada Nenek Jeon. Serentak mereka berdua membongkokkan badan. 

"Ommo, kacak juga kawan kamu ni." Nenek Jeon terpesona dengan ketampanan yang dimiliki oleh Jimin dan Taehyung. 

"Kamu semua mesti penatkan, mari naik dulu. Biar halmeoni buatkan air," Nenek Jeon mempersilakan mereka semua masuk ke dalam rumah. Beliau beransur ke dapur untuk menjerang air. 

"Dah berapa lama kamu semua berkawan dengan Jungkook?" Datuk Jeon bertanya. 

"Kami semua satu rumah. Saya dan Jungkook belajar di universiti yang sama." Jimin menjelaskan. "Taehyung belajar di Universiti Kyung Hee," 

The Boys  Next DoorTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang