Part 44

180 23 3
                                    

~AMI POV~

Aku melangkah keluar dari restoran selepas bertemu dengan Ye In. Aku tak tahu dia balik naik apa walapun aku dah offer naik teksi dia tolak. 

"Saya....akan tolong awak," 

Ya, aku cakap sendiri benda tu dan ayat tu masih terngiang-ngiang di telinga aku. Kenapa? Aku pun tak tahu. Hati aku sakit tapi aku lagi tak sanggup untuk tengok dia macam tu.Dah macam orang tak betul. Dah alang-alang aku tengah main tarik tali dengan Jungkook ada lebih baik aku mengalah je. Mungkin dia lebih sesuai dengan Ye In. 

"Ami," bahuku dipegang serentak dengan suara garau menyebut namaku. 

"Mak kau beranak!" aku melatah. Kemudian, aku pandang insan yang bertanggungjawab menyergah aku tadi. 

"Mian," Jimin tersengih. Nasib baik kau comel, aku lepaskan. Dia menyambung katanya, "awak betul ke nak lepaskan Jungkook?" 

Biji mata aku terbuntang luas. Bila masa pulak mamat ni dengar? "Macam mana awak tahu?" 

"Mianhae, saya masuk ke dalam tadi sebab lapar sangat. Jadi, tak sengaja terdengar perbualan awak berdua." Jimin memohon maaf sekali lagi. 

Aku  mengetuk kepala  aku sendiri. "Jimin, awak tahukan tak baik curi-curi dengar macam tu, awak...awak...haish!!" 

Kepala yang tak gatal aku garu. Jimin pun naik hairan tengok aku. Aku faham apa yang dia tanyakan tadi. Sanggup ke aku nak lepaskan Jungkook? 

"Awak tahukan Jungkook betul-betul sukakan awak. Selama saya berkawan dengan dia, saya tak pernah nampak dia bersungguh-sungguh sayangkan seorang perempuan walau dengan Ye In sekalipun." 

Aku baru terfikir. Apa yang Jimin cakapkan sangatlah betul. Aku tak boleh lari dari kenyataan yang aku pun sukakan Jungkook. Cuma, aku tak cukup berani dan aku masih keliru. 

"Entahlah Jimin, saya pun tak tahu nak buat apa lagi. Mungkin Ye In akan lebih gembira dapat bersama dengan Jungkook semula." 

Tahan air mata, tahan! Jangan nangis kat sini, aku kena kuat. Aku tak boleh nampak lemah depan Jimin aku tak boleh mengalah hanya kerana seorang insan bergelar lelaki. 

"Awak pasti ke?" Jimin bertanya lagi. Aku tak tahulah kenapa dengan dia ni, dia ingat ini pertandingan kuiz ke ada pasti ke tak pasti? 

"Awak tak tahu apa-apa Jimin...." 

"Saya tahu, saya tahu awak pun ada perasaan pada Jungkook." 

What?!!! Sekali lagi aku buntangkan biji mata pada dia. What did you know man? 

"Mwo? Ulang balik!" 

Aku lihat lelaki itu tersenyum kecil. Tak kelakar lah bhai, mana boleh tahu rahsia orang...

"Qis kata, pipi awak hanya akan merah bila awak malu atau teruja. Dalam erti kata lain, awak hanya akan teruja bila bersama dengan orang yang awak suka saja dan orang itu ialah Jungkook." Terang Jimin panjang lebar. Sekejap, aku ada dengar nama seseorang yang bertanggungjawab dalam hal ni. 

"Qis?" 

"Kami berdua fikirkan benda yang sama, yang awak pun sukakan Jungkook dan awak pun diam-diam cintakan dia, betul tak?" 

Aku tak bolehlah bab-bab macam ni, aku memang lemah tentang soal perasaan. Tengoklah macam sekarang, aku dapat rasa pipi aku dah panas sekarang. 

"Tengok, pipi awak dah merah bila saya cakap pasal Jungkook." 

Automatik aku pegang pipi aku. Alamak, kantoi sudah! 

"Jimin, saya nak balik sekarang, peninglah pula.." Aku buat alasan. Tapi, kalau lama-lama nanti pengsan pula aku kat sini. 

The Boys  Next DoorWhere stories live. Discover now