Part 39

160 21 1
                                    

LEYA P.O.V

Alhamdulillah, Tuhan dah makbulkan doa aku untuk buka hati Taehyung. Aku bersyukur bukan sebab aku boleh kahwin dengan dia, tapi dia dah jumpa jalan yang benar. Terima kasih Ya Allah!

"Leya," Ami melangkah masuk ke dalam bilik Dan terus duduk di atas katil empukku. Aku menjegil kepadanya, baru Sekejap tadi aku bersih kan katil Dan regangkan cadar, dia duduk je habis kedut balik.

"Ish,aku baru je regangkan cadar tadi!"

"Sorry," Ami berkata dengan muka selamba yang buat aku rasa Nak layangkan penampar kat muka dia.

"Apa kau Nak?"

"Nak minta pandangan kau,"

Mendengar sahaja kata itu aku dah boleh agak apa yang dia nakkan sebenarnya dari aku.

"Ini mesti pasal Jimin ngan Jungkook kan?"

Aku lihat dia mengangguk dengan bibir dimuncungkan. Ingat comel lah tu?

"Sebenarnya... Aku dah tolak Jimin."

Aku membuntangkan mata. Wow, so fast! Rasanya baru semalam lelaki tu luahkan perasaan dah kena reject.

"Seriously? Cepatnya.."

"Yelah, aku rasa bersalah dengan Qis. Dia macam dah tak Nak cakap dengan aku."

Aku memandang Ami. Ada riak kesal pada wajahnya. Aku pun perasan yang Qis dah jarang sekali duduk dengan Ami atau borak panjang dengan dia. Mungkin juga kerana Qis cemburu dengan Ami. Tapi, dia tak ingat ke ada orang yang dah tunggu dia kat Malaysia? 

"Aku pun rasa macam tu juga, tapi kau jangan risaulah. Lama-lama nanti dia okeylah," aku menepuk bahu Ami. "apa reaksi Jimin bila kau tolak dia?

"I don't expect this, he's crying." 

Sekali lagi mata aku membuntang besar. Jimin menangis hanya kerana cintanya ditolak? Wow, menarik sekali cerita ni. 

"Aku tak pasti apa jawapan dia, yang pasti aku dah bagi jawapan." Kata Ami. 

Aku memandang Ami. Ada sesuatu yang disembunyikan lagi, "Jungkook?" 

Dia kulihat terdiam sekejap. Kemudian, melepaskan keluhan kasar sebelum menyambung cerita, "aku tak tahu kenapa tapi ada sesuatu yang halang aku dari tolak dia. Aku memang nak tolak baik-baik luahan dia dan anggap dia macam kawan tapi tak boleh.

Kening sebelah aku angkat. Biar betul dia ni? "Ke kau yang dah jatuh cinta dengan dia?" 

"Entah, tak tahulah!" Dia menyembamkan muka pada bantal. Aku dapat lihat wajahnya yang berona kemerahan. Memang Ami jenis yang cepat blushing bila dia gugup atau berdebar. 

"Muka kau merah tandanya betullah," selorohku. Tak payah sorok sangatlah Ami, sekilas ikan di sungai aku boleh tahu jantan ke betina inikan pula kawan yang dah aku kenal selama 14  tahun ni. 

"Tak adalah!" Aku tak sempat mengelak balingan bantal dari Ami. Mendengar dia ketawa aku membalas semula dengan lebih kuat. 

Kami bergelak ketawa selepas itu. Tetapi, aku harapkan tawa kami dapat menghilangkan segala kegelisahan dan kekeliruan yang melanda hati kami. Kami berdua sama-sama keliru dalam hal yang sama iaitu 'cinta'. 

----------------------------

"Haih..." Ami berkeluh kesah sejak tadi. Sudah beberapa jam dia menghadap komputer di kafe siber universiti. Dia sanggup habiskan masa berjam-jam di sini disebabkan masalah internet di rumah. Kalau tak memang tidaklah dia ke sini. 

The Boys  Next DoorWhere stories live. Discover now