Part 27

168 26 0
                                        

"Atillia, kau kat mana? Aku Nak balik ni," Ami menelefon Atillia. Dia berjalan Di koridor me cari kelibat Atillia.

"Sekejap, aku dalam toilet ni nanti aku call balik." Atillia memutuskan talian sebelum sempat Ami berkata apa-apa.

"Waktu nilah kau nak terberaklah, terkencinglah." Omel Ami. Dia besandar pada dinding. Nak ke mana je? Jungkook tentunya dah balik. Leya dgn Qis pun dh balik.

Ami seorang sahaja yang berada Di situ. Dalam kesepian itu tiba2 dia terdengar suara orang tengah bergaduh Di dalam sebuah bilik.

"Laki bini mana yg gaduh ni?" Ami berjalan mendekati bilik itu. Dia berdiri di belakang pintu supaya tidak  dilihat.

"Eh, itu Ye In dengan Mingyukan?" Ami Cuba mendengar apa yang mereka sedang gaduhkan.

"Tak boleh ke awak lupakan Jungkook tu, saya ni apa, tunggul?!" Mingyu bertempik.

"Awak ni dari zaman sekolah lagi asyik tak puas hati dengan Jungkook. Dia tu namchin Saya!" Ye in membalas dengan suara tinggi.

"Namchin? Awak lupa eh awak yang tinggalkan dia, awak buat dia kecewa? Sekarang, awak Nak dia balik?"

"Tolonglah Mingyu, takkan awak tak tertarik dengan perempuan bertudung tu. Kalau Saya dah dapat Jungkook, awak boleh ambil dia."

Mata Ami terbuntang mendengar kata-kata Ye In. Apa yang sedang dia dengar ni? Dia ingat aku ni apa?,

"Ye In-ah? Kenapa Saya couple dengan awak, sebab Saya sukakan awak bukan dia!" Wajah Mingyu kelihatan merah menahan marah.

"Mingyu-ah, tolong saya sekali ni je, awak tolong goda Ami supaya saya dapat Jungkook balik."

Ami hampir hendak bersuara apabila mendengar rancangan Ye In. Dia nenutup mulut seraya menggeleng kepala. Nampaknya, perempuan ni masih tak boleh lupakan Jungkook.

Mingyu memandang ke arah pintu, dia terlihat ada seseorang Di situ.

"Yah, duguya?!" Mingyu menuding ke arah Ami. Baru Ami perasan dia yang rahsianya sudah terbongkar.

"Alamak!" Tanpa berfikir panjang, dia terus cabut lari dari situ. Mingyu terus mengejar Ami.

Ami memandang belakang semasa lari, Mingyu sudah semakin hampir dengannya. Dia menuruni tangga. Apabila sudah sampai anak tangga yang terakhir, langkahnya terhenti. Dia memandang belakang, tangan Mingyu menggenggam lengannya.

"Lepaslah!" Ami meronta. Dia Cuba menarik tangannya daripada genggaman Mingyu. Namun, semakin dia tarik, semakin kuat cengkaman Mingyu.

"Kau buat apa kat sana ha?!" Tanya Mingyu dengan nada keras.

"Mianhae, salah awak berdua juga yang gaduh kuat-kuat!" Ami memberanikan diri menentang anak mata Mingyu. Ah, kau ingat aku takut dengan kau?

"Mana ada orang kat sini, macam mana kau boleh ada kat sini?!"

Ami tergagap-gagap ingin menjawab. Otaknya kosong sekarang ini. Dia tidak mampu berfikir dengan betul. Dia melihat lengannya yang masih tidak dilepaskan. Pasti tangannya sudah merah sekarang ini.

"Berani kau sentuh dia?" suara garau itu mengejutkan Ami Dan Mingyu. Jungkook sedang berdiri dengan muka ketat memandang mereka berdua.

Mingyu tidak melepaskan tangan Ami, malah dia bertentang mata dengan Jungkook.

"Kau kenapa, nak jadi hero?" soal Mingyu.

"Lepaskan dia,"

Ami memandang Jungkook Dan Mingyu silih berganti. Bagaikan ada kilat yang sabung menyabung pada mata mereka.

"Aduh," Ami mengerang kerana Mingyu mengeratkan lagi genggamannya.

"Aku cakap lepaskan dia!!" Suara tempikan Jungkook bergema.

Cengkaman di tangan Ami dilonggarkan kemudian Mingyu menolak Ami ke arah Jungkook.

"Aku dah cakap dengan kau, jangan pernah dekat dengan Ami kalau kau tak nak tengok aku jadi pembunuh!" Tempik Jungkook lagi. Selepas itu, dia menarik Ami pergi.

Ami sempat berpaling ke belakang untuk melihat reaksi Mingyu. Namun, pandangan tajam Mingyu membuat kan dia serta merta memandang ke hadapan semula.

Jungkook membawanya sehingga ke pintu masuk kolej.

"Gummawo," kata Ami. "Kalau awak tak ada tadi tak tahu lah apa yang dia Nak buat dekat saya."

"Peraturan baru, jangan berani dekat dengan orang yang saya benci terutama sekali Kim Mingyu." Kata Jungkook dengan serius. Ami menganggukkan kepala tanda akur. Dia pun tidak mahu bertemh Mingyu lagi.

"Tengok tangan awak,"

Ami menyembunyikan tangannya. "Mana boleh, aurat!" kata Ami. Bukan apa, takut Jungkook tergugat Tengok lengannya yang putih melepak. 😂

"Balik rumah nanti terus letak ubat, nanti melarat pula." pesan Jungkook.

"Yelah kekasih gelapku.."

"Apa?"

"Awak tak perasan ke hari dah. Akin gelap? Nak hujan kot.." Ami cepat- cepat menukar topik. Jungkook tersenyum simpul.

"Awak balik dengan siapa, Nak saya hantar kan?"

"Tak perlu, saya balik dengan Atillia." kata Ami. Kalau boleh dia Nak mengelakkan naik motor dengan Jungkook lagi. Disebabkan tazkirah Leya semalam terus dia insaf.

"Geurom, saya tunggu sampai dia datang."

"Tak apa, awak balik lah dulu."

"Kalau monyet tu datang lagi macam mana?" Ami terdiam, ya tak ya juga.

Ami mengerling Jungkook yang memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar. Dia nampak bergaya dalam keadaan begitu. Dengan ketinggian ideal ditambah pula dengan wajah yang tampan, sangat sesuai sekiranya dia menjadi model.

" Kenapa awak pandang saya macam tu? Dah jatuh cinta ke?" Jungkook menegur Ami yang asyik mengusyar nya. Terus Ami berpaling ke tempat lain.

"Mana ada, perasan! Saya masih pegang dengan janji kita." kata Ami dalam diam menyembunyikan rasa malunya kerana terkantoi secara langsung.

Jungkook menghela nafas berat. Janji yang mana? Oh, janji untuk tak jatuh cinta antara satu sama lain? Jungkook mengerling Ami. Terasa ada satu perasan yang membuat kan dia sukar menerima janji itu.

Pin pin! Akhirnya kereta Atillia sampai juga. Ami bergegas berlari kearah kereta itu.

"Ah, sebelum itu. Jumpa kat rumah nanti Jungkook!" Ami berkata sebelum meloloskan diri kedalam perut kereta.

Jungkook tersengih. "Saya Nak selalu jumpa dengan awak, Ami."

TO BE CONTINUED..

macam  mana bab kali ini, klise ke? Terus kan sokong saya dengan vote Dan komen. Thank yo😊

The Boys  Next DoorTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang