Part 53 ~Finale~

233 21 0
                                    

Petang yang sangat terik. Ami baru sahaja pulang dari rumah Leya yang terletak beberapa buah rumah dari rumahnya. Dia memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Nenda yang menjawab salamnya dengan nada ceria. 

"Amboi nenda, baru lepas tengok maharaja lawak ke sampai gembira semacam ni?" Kata Ami sekadar mengusik. 

"Tak adalah, saja nak gembira-gembira petang-petang macam ni." ujar nenda dengan senyuman masih tak lekang dari bibir. Ami menjongket kening. 

"Ni mesti ada agenda kan? Ada tandan pisang tu mesti nak minta Ami buat pisang goreng kan?" Ami meneka. Dia tahu pisang gorengnya yang terbaik buat masa ini dan memang nenda selalu  mengidamkannya. 

Nenda hanya menggeleng sambil ketawa kecil. "Masuklah, lama benor membawang dengan Leya sampai dah nak asar baru balik?

"Ala..orang bukan solat pun." balas Ami bersahaja. Dia bertembung dengan Puan Rasyida di dapur. Wanita itu memandangnya dengan mata redup seperti baru lepas menangis. 

"Ni dah kenapa pula, potong bawang ke umi? Kata dah pro.." Ami mencipta lawak hambar lagi bagi mewujudkan suasana ceria namun tetap hambar. 

Puan Rasyida mencapai tangan Ami membuatkan Ami semakin hairan. "Ami, lepas ni terserahlah pada Ami nak buat pilihan, umi akan sokong sepenuhnya. Ikut kata hati Ami, jangan sembunyikan lagi." 

Ami bingung sekejap. Dia cuba menelan apa yang ibunya katakan. Umi nak kata dia tak nak kongkong aku lagi ke? Desis hati Ami. 

"Umi....tak perlulah berdalih. Umi cuma nak Ami buat goreng pisang kan?" Hakikatnya, Ami masih tak faham. 

Puan Rasyida tertawa kecil. Hilang sudah wajah sendunya. "Pisang goreng dah siap pun, Pergi panggil yang lain kat luar tu terutama sekali si Fateh. Dia mesti tak pernah rasa pisang goreng kan?

Ami mengangguk akur. Dia melangkah keluar namun masih tertanya-tanya dengan apa yang baru Puan Rasyida katakan tadi. Di tepi pantai sana, kelihatan sekumpulan kanak-kanak riang sedang bercanda sambil ketawa riang. Yang paling teruja pastilah Fateh. 

Ami tersengih apabila melihat wajah Fateh yang tersenyum ceria. Dia, Arasy dan Aisyah sedang bermain layang-layang di tepi pantai. Akil pula duduk di bawah pokok kelapa sambil memegang sebuah buku. Ami perlahan-lahan menghampiri mereka. 

"Ehem..umi ajak minum petang. Ada pisang goreng," kata Ami. Mendengar perkataan pisang goreng, Akil dan Aisyah terus berebut lari masuk ke dalam rumah tinggal Arasy dan Fateh. 

Arasy menghampiri Ami yang masih tercegat berdiri. "Ami, saya nak tanya awak sesuatu." katanya. 

"Tanyalah,

"Bukan sekarang, malam ni. Lepas isyak, jumpa saya dekat luar. Okey?" Tanpa menunggu balasan daripada Ami, Arasy terus masuk ke dalam. Ami biarkan saja. Tentu ada perkara penting yang Arasy nak beritahu. 

"Ami," 

Ami baru sahaja berpusing hendak masuk ke dalam, Fateh memanggilnya. Dia berpaling menghadap Fateh semula. Fateh menunjukkan sebuah rotan berbentuk cincin. 

"Terima kasih," ucap Fateh. 

"Untuk?

"untuk hadir dalam hidup saya dan beri cahaya kepada saya.

"Kalau awak cakap pasal islam, hidayah itu milik Allah.

"Saya tahu, tapi awak adalah perantara. Awak yang buatkan hati saya terdetik untuk kenal islam dengan lebih dalam dan Allah berikan saya kekuatan untuk saya buat keputusan memeluk islam." Kata Fateh. Segala perjalanannya dalam memeluk islam, sebenarnya bermula daripada Ami yang membuatkan dia merasa ingin tahu. 

The Boys  Next DoorWhere stories live. Discover now