"Aleya!!" masuk sahaja ke dalam rumah, Ami terus menjerit nama Leya.
"Apa masalah kau ni?" Leya baru sahaja keluar dari bilik. Dia mengeringkan rambutnya yang basah dengan towel.
"Aku ada benda penting nak bagitahu kau." Kata Ifa yang mengekek ketawa.
"Kau bawa dia pergi clubbing ke Atillia?" Leya bertanya pada Atillia. Gadis itu mengangkat bahu.
"Apa benda yang penting sangat tu?"Soal Leya.
"kejap, kita duduk dulu." Ami menarik Leya duduk Di sofa dahulu. Nafas ditarik sedalamnya Dan menghembus keluar.
"Dengar sini baik-baik, aku dah lama agak benda ni. Hehe, kau tahu tak sebenarnya si Shamim tu bukan sukakan aku,"
"Dah tu dia suka siapa?"
Ami tersengih sambil menunjukkan jarinya ke Leya. Leya berkerut tak mengerti.
"Siapa, aku ke?"
"Pandai! Haha.." Ami ketawa mengekek. "Aku dah agak dah, selama ni dia pandang orang belakang."
Leya membisu seketika. Dia tidak tahu apa reaksi yang patut ditunjukkan. Otaknya berhenti berfikir buat seketika.
"Kau jangan Nak membongak!" Leya tak percaya. Mustahil Shamim sukakan dirinya. Punyalah beria dia membahan Shamim dengan Ami.
"Apa yang aku dapat dengan 'membongak'?" balas Ami.
"Jadi?"
"Dia Nak kenal dengan kau. Boleh tak?"
Leya diam tak berkutik. Dia mengerling rumah sebelah. Dia melihat Atillia sedang berbual mesra dengan Taehyung. Lelaki itu tersengih lebar apabila berbual dengan Atillia. Harus diakui yang dia sebenarnya cemburu melihat kemesraan mereka berdua.
"Okey, dia nak ajak aku keluar ke?"
"Itu aku tak tahu lah, tunggu lah esok."
"OK,"
----------------------------------
LEYA P. O. V
Budak Ami ni memandai je cakap Shamim syok kat aku. Agak agaklah kot.. Aku sendiri nampak macam mana Shamim pandang Ami. Nampak sangat mamat tu suka kat Ami bukan aku.
"Mana pula budak dua ekor ni?" dari tadi aku tunggu dua sengkuang ni pergi tandas. Buat tandas ke apa?
Aku tilik jam sekejap lepastu pandang depan balik. Tiba2, lelaki yang aku langsung tak mahu jumpa hari ni datang ke arahku dengan sengihan penuh makna.
"Assalammualaikum," lelaki itu memberi salam.
Aku teragak-agak sambil memandang kiri dan kanan tetapi aku jawab juga salam itu. Mana minah dua ekor ni??
"Awak buat apa kat sini?" soalnya.
Aku pelik, sepatutnya aku yang tanya soalan tu. Tak kan dia tak nampak yang aku tengah berdiri depan tandas perempuan?
"Tengah cat dinding," kataku dengan selamba tetapi lelaki itu boleh pula gelak dengan lawak bodoh aku.
"Emm, Shamim. Saya rasa tak kelakar pun lawak Saya tadi,"
Dia berhenti ketawa seraya berdehem kecil. "Awak Nak ke mana mana ke lepas ni?"
"Tak ada, kenapa?"
![](https://img.wattpad.com/cover/142621707-288-k610165.jpg)
YOU ARE READING
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...