Bulan purnama menerangi malam yang dingin Di kota Seoul. Jungkook membiarkan sahaja pintu balkoni terbuka membuatkan angin malam bertiup menghembus rambutnya.
Dia ketika ini, Jungkook sedang duduk di meja belajarnya sambil menelaah naskhah Al-quran pemberian yeochin - nya sendiri beserta terjemahan. Satu persatu helaian Al quran itu diselak. Kemudian, dia berhenti seketika Dan bersandar seketika pada kerusi.
"Tuhan, selama ni aku tertanya-tanya benarkah Kau ada Dan adakah kuasa luar biasa yang mencipta semuanya. Aku tak pernah sedar selama ni yang Kau selalu ada." Jungkook bermonolog sendiri.
هُوَ ٱلَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبۡعَ سَمَٰوَٰتٖۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ
Maksudnya: Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Al-Baqarah: 29)
Kerana itulah dia mahu mengenali Islam. Dia sudah banyak melalui episod pahit dalam kehidupannya. Dibesarkan dalam keadaan keluarga yang porak pera da, kematian ibu Dan ayahnya pula menghilang tanpa jejak. Apabila dia sudah mempunyai harapan cinta ternyata cintanya itu palsu.
Selalu dia tertanya apakah sebabnya dia ditimpa nasib malang bertingkat - tingkat sebegini. Dia pasti akan adanya satu kuasa yang mampu menggerakkan hati Dan merubah takdir hidup ini.
Banyak lagi perkara yang ingin dia tahu Dan kehadiran Ami umpama utusan Tuhan dari langit kepadanya supaya mempermudahkan usaha pencariannya selama ini.
"Pencarian aku akan berakhir tak lama lagi. Dan, aku pilih Islam."
-----------------------------------
Setelah beberapa jam makan ramen di kedai Lim ahjussi, banyak perkara yang Ami dan Atillia bualkan. Petang ini sahaja mereka sudah seperti teman rapat yang sudah kenal lama. Sejak selepas waktu asar, mereka menghabiskan masa di kedai Lim ahjussi, barulah mereka beransur keluar apabila senja kian hampir.
Dalam perjalanan pulang pun, mereka tak habis bercerita. Ami layankan sahaja apa yang Atillia bualkan walaupun perkara yang dibualkan bukanlah minatnya.
"Ami, you know what, aku rasa aku kena confess pada Taehyung sebelum aku keluar dari rumah kau." Ami berhenti berjalan. Dia tersentak sedikit dengan cadangan Atillia.
"Ke..kenapa?" Dalam fikirannya sekarang, Ami membayangkan wajah Leya. Selama ini dia fikirkan Taehyung ada hati pada Leya dan dia harap apa yang difikirkannya betul. Tetapi, Atillia pula sudah jatuh hati pada 'Mr kind-hearted' Kim Taehyung.
"Tak tahulah, aku rasa aku tak boleh simpan lama-lama perasaan ni. Aku nak dia tahu macam mana perasaan aku pada dia. Sekurang-kurangnya aku tahu sama ada dia pun sukakan aku ke tidak."
Ami menelan air liur yang terasa pahit. Dia tak kisah pun kalau Atillia nak luahkan perasaan dia pada Taehyung, cuma dia rasa berat nak biarkan.
"Ahh, okay! Go on, confess to him. Buatlah apa yang kau nak," Ami mengalah. Dia tidak mahu pentingkan diri. Kalau tak Leya yang patah hati, Atillia mungkin akan patah hati juga.
"Kau ni macam tak suka je bila aku cakap macam ni," Atilia perasan sesuatu yang tidak kena pada Ami.
Laju Ami menggelengkan kepala. "Tak, aku tak kisah pun. Itu perasaan kau, aku tak nak kacau."

ANDA SEDANG MEMBACA
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...