Part 16

244 22 1
                                    

Ami menunggu apa yang Jungkook hendak katakan padanya tanpa langsung memandangnya. Wajah Ye In dan Puan Yoo Rae yang tersenyum mengejek kepadanya dikerling.

"Neo gwenchana?" soal Jungkook. Ami mengangkat muka terkejut dengan soalan Jungkook. Kemudian, dia mengambil beberapa helai tisu lalu tangan Ami digamit.

"Apa awak buat ni?" Ami bertanya dalam nada berbisik.

"Tangan awak basah," Jungkook mengelap tangan Ami yang basah. Barangkali terkena tempias air itu.

Puan Yoo Rae dan Ye In sama-sama terkedu. Yang sedang kuyup sekarang Ye In bukannya Ami!

Jungkook menghulurkan kotak tisu kepada Ye In. "Ami dah maafkan awak. Lain kali, kalau nak tanya dia apa-apa, cakaplah baik-baik." selamba Jungkook berkata.

"Mwo? Nan.."

"Ka-ja," Jungkook menarik pergelangan tangan Ami kemudian berlalu pergi.

"Jungkook.." Ye In tidak sempat berkata apa-apa. "Ini semua salah omma!" Ye In membentak kepada Puan Yoo Rae.

Puan Yoo Rae tidak terkata. Rancangannya untuk memburukkan Ami tidak menjadi. Sia-sia sahaja dia menyimbah Ye In dengan air.

-----------------------------------------------------------------------

"Dahlah,lepaskan tangan saya." Ami merentap tangannya dari pegangan Jungkook. Genggaman Jungkook sangat kuat sehingga dia tidak mampu menahannya.

"Kenapa awak buat macam tu, saya ingatkan awak akan tolong Ye In?"

"Kenapa, cemburu?" Jungkook bertanya kembali. Ami mencebik lalu memandang ke arah lain. "Saya kenal Ye In dan ahjumma macam mana, saya tahulah taktik diorang."

"Awak genggam tangan saya kuat sangat tahu tak, macam tak nak lepas." Ami mengusap tangannya.

"Mian, saya tak suka dengan cara diorang. Ini baru maki, silap hari bulan sepak terajang semua awak dapat,"

Mulut Ami terlopong luas. Sepak, terajang? Sampai bila dia kena hadap benda-benda ni?!!

"Awak carilah orang lain yang sesuai, saya tak nak terlibat lagi, "Ami ingin berlalu pergi tetapi Jungkook menghalang laluannya.

"Awak nak ke mana?" Ami menjeling lelaki di hadapannya ini. Ikutkan hati mahu sahaja dia layangkan penumbuk ke wajah tampan Jungkook.

"Nasib baiklah kau ni hensem, kalau tak memang pecah muka kau aku kerjakan!" sengaja Ami berkata dalam bahasa melayu biarkan lelaki korea ini tercengang-cengang.

"Saya tahu awak umpat saya..." Jungkook menduga.

"Taehyung," Ami menegur Taehyung yang kebetulan berada di situ. "Kenapa dengan mata awak?"

Taehyung memisat matanya yang kemerahan. "Dae? Saya...."

"Ehemm..." Leya berdehem apabila berjalan di hadapan mereka. Taehyung terus menudingkan jarinya ke arah Leya.

"Awaklah penyebab saya macam ni!" ujar Taehyung. Leya membuat muka tak bersalah lalu tanpa membuang masa dia terus berlari masuk ke dalam bilik.

"Ah, jinjja..." Taehyung mengeluh. Tak pasal-pasal matanya merah kerana Leya.

Di dalam bilik, Leya terus menekup mukanya dengan bantal apabila mengingatkan kejadian tadi. Hampir-hampir sahaja Ami melihat mereka tadi.

"Sorry Taehyung..aku tak sengaja. Kau pun satu, time tu juga mata masuk asap dah kenapa?" Omel Leya.

"Hei, kau dah kenapa cakap sorang-sorang?" Terangkat bahu Leya apabila disergah sedemikian, dia juga hampir menaikkan tangan ke wajah Damia.

The Boys  Next DoorWhere stories live. Discover now