Part 2

364 27 0
                                    

Suasana sewaktu hendak makan malam sangat janggal. Leya dan Qis kedua-duanya menanti apa yang hendak Ami katakan. Namun begitu, Ami bertindak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia menjamah makanan dahulu tanpa menunggu dua sahabatnya.

"Ami, kau okey tak?" Qis menegur.

"Aku tengah lapar ni, jadi?" Balas Ami dengan mulut yang penuh.

"Petang tadi tu.."

"Petang tadi, apa dia?" Ami berpura-pura tidak mengingat.

"Takkan sebab lapar terus hilang ingatan?" Sindir Leya. Ami tidak melayan malah terus menyuap nasi beserta kedalam mulut.

Leya menjadi bengang apabila sindirannya tidak berbalas. Dia menepuk meja makan menghentikan suapan Ami dan Qis yang baru hendak mengambil nasi. "Dah pekak pula ye?"

Mata Leya mencerlung Ami dengan tajam. "Rileklah, cuba beritahu aku, korang nak apa?"

"Stop playing dumb Ami," Leya memberi amaran terakhir. Qis terbatuk-batuk kerana tersedak.

"Aku kalau boleh tak nak ingat dah apa yang dah jadi. Macam ni ceritanya...." Ami menceritakan perkara yang membuatkan dia bergaduh dengan Jungkook dan betapa sakit hatinya pada lelaki itu sehingga sekarang.

"La, sebab tu je. Kaulah yang cuai sangat. Nak jalan pandang kiri kanan dulu," Qis menyalahkan Ami pula.

"Senang kau cakap, bukan kau yang jatuh macam nangka busuk tapi orang itu aku!" 

"Jatuh je, aku ingat dia raba kau ke apa.." kata Qis.  "Imaginasi kau tinggi ek, sampai ke situ sekali kau fikir." Ami memerli. 

"Lupakanlah hal tadi, aku tak sangka apa yang aku cakap tu betul, handsome-handsome la mamat korea tu semua!" Qis membayangkan setiap wajah jiran-jiran baharu mereka. Jimin, Taehyung dan Jungkook kesemuanya tampan-tampan belaka.

"Mula-mula yelah, tapi bila tahu perangai mamat hidung parrot tu, aku rasa nak tumbuk je muka dia biar lebam muka cantik dia tu!" Komen Ami. Apabila teringatkan peristiwa petang tadi, mahu sahaja dia mengetuk pintu rumah sebelah dan menghadiahkan tumbukan kepada Jungkook sebagai salam perkenalan. 

"Korang pilih siapa antara tiga-tiga tu?" Qis meminta pendapat Ami dan Leya. Perempuan ni kalau bab memuji, sampai ke langit. 

"Kalau kaulah, kau pilih siapa?" Leya bertanya semula soalan itu pada Qis. 

"Aku? Mula-mula aku suka kat Jungkook, tapi bila aku dengar apa dia buat dekat Ami aku rasa Jiminlah pilihan aku. Kalau dua-dua sekali pun tak apa," satu soalan seribu jawapan, itulah Qis. 

"Macam teruk sangat je apa yang dia buat dekat aku," 

"Aku rasa Taehyung lagi handsome," buat pertama kali dalam sejarah Leya merasakan ada lelaki yang handsome dalam dunia ni. 

"Leya, adakah lelaki tu yang buat kau berubah macam ni?" Qis bergurau. Leya meneruskan makan tanpa mempedulikan kata-kata Qis. 

"Kau Ami?" Leya tanya pada Ami pula.

Ami yang baru hendak menyuapkan nasi kedalam mulut terhenti. "Apa?" 

"Jiran sebelahlah..." 

"Tak berminat," Ami menyuapkan nasi kedalam mulut. Sedap pula kimchi yang dibuat Qis malam ini. 

"Alamak dia ni, tak apa aku rasa kau sesuai dengan Jungkook. Gaduh-gaduh ni lama-lama suka tau," tebak Qis. Tidak semena-mena nasi yang sedang Ami kunyah tersembur keluar sehingga mengenai Leya dan Qis yang duduk dihadapannya. 

The Boys  Next DoorWhere stories live. Discover now