Part 4

273 22 0
                                        

Kafe universiti,

Qis dan Jimin dilihat elok sedang berbual-bual mesra. Qis begitu tekun mendengar cerita Jimin. Tanpa sedar, Ami dan Leya bersembunyi disebalik pasu besar yang berada di belakang pasangan mesra itu.

"Amboi, dia punya borak. Peramah betul dia." Leya mengecilkan anak matanya melihat kemesraan jiran yang baharu saja kenal semalam. "Nak buat apa eh?"

"Jom sergah dia," Ami memberi idea. Leya mengangguk bersetuju. Mereka senyap-senyap menghampiri meja mereka dan....

"Qistina!!" Air yang dalam perjalanan hendak diminum Jimin tersembur pada muka Qis.

"Apa ni, Ami!" Leya dan Ami tidak mempedulikan wajah kawan mereka yang sudah terkena jus oren malah mentertawakan Qis.

"Mianhae, Qis" Jimin mengambil tisu dia atas meja dan cuba mengelap wajah Qis. Leya menggunakan tapak tangannya untuk menghalang Jimin.

"Hei, this is 'haram' you know?" Leya merampas tisu daripada Jimin dan memberinya pada Qis. Jimin terpinga-pinga apabila mendengar perkataan 'haram' itu.

Ami menuding jari pada Qis, "baru sehari dah gatal eh,"

"Koranglah, pergi buat macam tu kenapa? Habis baju aku!" Qis merungut.

"Mianhamida, Jimin-ie," Leya dan Ami meminta maaf kepada Jimin.

"Jimin je, Qis?" Ami meletakkan jari di bibirnya menyuruh Qis senyap.

"Tak mengapa," Jimin memaafkan mereka Leya dan Ami. Tersenyum lebar mereka berdua.

Leya melihat jam pada tangannya. "Eh, jomlah Qis. Kita ada kelas lepas ni, pergi dulu." Leya mengingatkan Qis.

Qis turut melihat jam pada tangannya, "Ya Allah, Jimin kami minta diri dulu." Qis dan Leya berlari-lari anak ke kelas mereka.

Ami memandang kerusi yang diduduki Qis tadi. "Boleh saya duduk sini?" Jimin menganggukkan kepala. Ami melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut.

"Ami, kenapa awak tak ambil bidang yang sama dengan mereka?" saol Jimin.

"Setiap orang ada minat yang berbeza," Ami menjawab pertanyaan Jimin dengan mudah. "Kalau awak, kenapa awak ambil bidang yang sama dengan Jungkook?" Ami mengulang soalan Jimin.

"Minat kami sama rasanya.." Jimin ketawa kecil. Ami juga tersenyum kecil.

"Satu lagi soalan," Jimin mendekatkan sedikit jaraknya dengan Ami. Nadanya direndahkan seperti berbisik. Ami menanti soalan Jimin.

"Awak dah ada namja chingu(boyfriend)?"

Ami memandang Jimin dengan mata tak berkelip. Dia cuba meneka makna disebalik soalan itu. Belum sempat hendak menjawab, Jungkook datang dan terus duduk diantara mereka. Dia juga turut meminum air jus milik Jimin.

"Borak apa?" Sapa Jungkook dengan tak bersalah. Jimin merungut di dalam hati, kacau daun betullah dia ni!

Apabila Jimin tidak memberi respons padanya, Jungkook mengalihkan pandangan pada Ami. "Awak lagi?"

"Awak ingat saya nak jumpa awak lagi?"

"Kalau awak tak minta pun kita akan selalu berjumpa,"

"Malas aku nak layan kau,"

"Patutlah orang tu marah-marah, dah 'sampai lantai' rupanya.." Jungkook memerli Ami.

"Siapa yang mop lantai tak betul? Orang dah panggil bukan nak dengar, harap hidung je panjang akal pendek,"

"Hidung siapa?"

"Hidung awaklah!"

"Suka hati awak je nak panggil saya macam tu kan, perempuan gila!"

"Perempuan gila? Baling kerusi ni kang!" Ami memegang kerusi yang didudukinya.

"Balinglah..." Jungkook mengejek Ami.

"Sudah!" Jimin menghentak meja. Jungkook dan Ami terdiam dan sama-sama memandang Jimin.

----------------------------------------------------------

Ami menaikkan tongkat basikalnya dengan kasar. Leya dan Qis sekadar memerhati. Apa pula masalah Ami kali ini?

"Ini mesti ada kena mengena dengan Jungkook kan?" soal Leya.

"Jangan tanya aku, aku malas nak fikir lagi!"

"Kalau ye pun marah dekat dia, janganlah dengan kita-kita sekali kau nak marah." Kata Qis. Ami terus mengayuh basikalnya meninggalkan dua rakannya di belakang.

"Ami, tunggulah!" Leya menjerit tetapi Ami buat tidak peduli.

Apabila sudah hampir masuk ke kawasan perumahan mereka, basikal Ami dipintas oleh sebuah motosikal besar yang pastinya sangat Ami kenal penunggangnya.

"Dia lagi!!" Ami merungut.

Sampai sahaja di rumah, Leya mambuka peti surat, ada sekotak coklat yang terdapat di dalamnya. Leya membaca kad yang berada di atas kotak itu.

"My heart beat fast whenever you walk in front me. The way you look at me make me impress. I just want to know you, can I? Sincere, secret admirer Ami." Leya membaca tulisan yang tertera di atas kad itu. Nama yang terakhir berada di atas kad itu ialah nama Ami. Bermakna coklat ini untuk Ami.

"Ami, ini ada orang bagi kau coklat." Kata Leya.

"Ye ke, siapa bagi?" Qis pula yang teruja apabila mendengar ada orang yang memberi Ami coklat.

"Entah, dia tulis kat sini, 'secret admirer Ami'. Peminat kau kot," teka Leya.

"Ha, tak pernah-pernah ada orang minat aku. Buta ke apa?" Ami ketawa sendiri. Gila ke nak suka seseorang bernama Ami?

"Aku rasa budak nerd yang kita jumpa tadi kot.." kata Leya. Ami memikirkan kemungkinan Leya. "Tak mungkinlah, baru jumpa kot.." Ami menafikan.

"Tak pun, jiran sebelah kita ni." Qis membuat andaian. Serentak mereka bertiga memandang rumah sebelah. "Tapi, Jungkook tak adalah romantik sangat. Muka ketat memanjang,"

"Jimin?" Leya pula meneka. Ami teringat ketika Jimin bertanya padanya tentang teman lelaki di kafeteria.

"Boleh jadi..." Ami terus masuk ke dalam rumah. "Korang ambillah coklat tu, aku tak makan coklat."

"Bila masa pula dia tak makan coklat.." Leya menyindir.

"Kau dengar tak dia cakap apa tadi, Leya?" Qis bertanya pada Leya.

"Apa?"

"Dia cakap boleh jadi, maknanya ada sesuatu antara dia dengan Jimin!"

"Yang kau risau sangat kenapa?"

to be continued...



The Boys  Next DoorTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang