Sedari tadi Ami memandang Arasy yang berjalan di sampingnya. Dari hujung rambut sampai hujung kasut dia menilik Arasy.
"Kenapa awak tenung saya macam tu? Ada yang tak kena ke?" Arasy menegur tanpa memandang Ami.
"Saya rasa....Arasy beberapa tahun lepas tak macam ni. Dia tak tegap macam ni, tak smart macam ni. Arasy yang saya kenal dulu agak....."
"Kekampungan?" Arasy menyambung ayat Ami yang tergantung. Ami perlahan mengangguk mengiyakan.
Kalau diimbas kembali zaman remaja dulu, Arasy yang terakhir kali Ami jumpa seorang yang kurus kering, selekeh dan lebih kepada kekampungan sebab Arasy dan keluarga menetap di kampung nenda Ami.
Tapi, kalau nak dibandingkan dengan sekarang, bagai langit dengan bumi. Arasy yang dulu keding, sekarang dah tegap mungkin ada buat workout. Kalau dulu pakai t-shirt je memanjang sekarang, sut biru royal elok sekali tersarung pada tubuhnya. Sudah macam CEO. Mana hilangnya Arasy yang jaga lembu dan kuda dulu?
"Apa yang ayah dah buat dekat awak?" Ami yakin benar bahawa ayahnya lah yang menyebabkan perubahan besar pada Arasy.
"Pandai awak teka. Memang ayah awak yang ambil saya bekerja. Dah anak dia sendiri tak nak pegang syarikat, dia serahkan pada saya."
"Dah berapa lama?"
"Boleh katakan, lepas awak pergi Korea dua tahun lepas. Ayah awak terus minta saya bekerja dengan dia. Tapi, sebelum tu macam-macam jugalah yang saya kena buat sebelum naik pangkat. Ayah awak memang betul-betul mahukan pengganti,"
Ami terbungkam. Licik betul ayahnya buat kerja sampai dia langsung tak perasan. Walaubagaimanapun, apa yang Arasy katakan itu betul. Memang dia sendiri yang tak nak ambil alih syarikat. Dia tak mahu ambil bidang kerja yang sama dengan ayah dan umi. Dia pun mahu berusaha sendiri. Disebabkan itu jugalah, dia ambil bidang bahasa di Hanyang. Kalau boleh, dia mahu lari sedikit dari business management.
"Oh lupa pula, saya nak bagi awak ni." Mereka berhenti berjalan sekejap. Buku nota corak elegan yang sedari tadi di tangan, Arasy berikan pada Ami.
"Apa ni?" Ami keliru tapi tetap juga mengambil buku tu.
"Hadiah hari jadi awak. Sebelum itu, saya nak minta maaf sebab lupa nak kirimkan hadiah pada awak untuk hari jadi awak yang lepas. Jadi, buku ni sebagai tanda maaf, boleh?"
"Awak tak lupa..." Ami senyum segaris. Ada satu lagi benda yang dia tak pernah bagitahu Leya mahupun Qis. Setiap tahun pada hari jadinya, pasti akan ada orang yang kirimkan hadiah dan orang itu ialah Arasy. Tapi, tahun ini Ami tak terima apa-apa hadiah sedangkan dia pun lupa sebab sibuk dengan hal Jungkook.
"Saya tahu awak tak suka bunga, sebab awak alah dengan bunga. Kalau bagi coklat, awak akan makan. Awak lagi suka hadiah yang boleh disimpan. Macam buku nota ni," Arasy berkata dengan senyuman manis sehingga menyerlahkan lesung pipit yang dalam.
Tanpa sedar, Ami terbuai seketika dengan kebaikan hati Arasy. Satu...dua...tiga....baru dia tersedar.
"Eh, jomlah balik. Umi dengan ayah mesti dah tunggu kan?" Ami hilang arah sekejap. Macam mana boleh terangau dengan Encik Kuda ni pulak.,.,
Riak wajah Arasy serta merta berubah bila Ami berkata begitu. Nafas berat dihela, "Ami, saya minta maaf tapi Ayah Din dengan Umi Syida ada hal di Singapura. Sebab itu saya datang jemput awak hari ni,"
Ami tersentak. Hatinya rasa sakit bagai disiat-siat. Tak boleh ke kalau sekali je, ayah dan umi sambut dia pulang? Sebak terasa namun seboleh-bolehnya dia menahan air matanya daripada tumpah.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...