Bila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...
Seperti dijanjikan, hari ini mereka akan ke taman tema bersama tiga lelaki jiran sebelah. Leya, Ami Dan Qis sudah menunggu di hadapan pintu masuk taman tema Everland. Sementara menunggu tiga lelaki jiran sebelah sampai, mereka sempat mengambil beberapa keping gambar.
"Kenapa Jimin tiba-tiba baik hati nak bawa kita ke sini?" soal Leya.
"Entah, dia cakap nak hilangkan kesan trauma kita."
"Baik ada makna tu," kata Qis dengan suara perlahan. Dia tahu sangat apa tujuan Jimin bawa mereka ke sini. Bukan semata-mata nak kurangkan fobia tapi nak cuba dekat dengan Ami.
"Aku memang dah lama nak pergi sini, cuma tulah kita belum pernah lagi datang sini kan?" kata Ami dengan teruja. Selama dua tahun mereka bertiga di Korea, belum pernah lagi mereka pergi ke Everland. Pelawaan Jimin ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.
"Awak semua!" Jimin berlari anak menghampiri mereka. Jungkook dan Taehyung pula berjalan di belakangnya dengan muka kerek dan tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Mereka berjalan dengan penuh karisma ke arah mereka.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Qis sudah terjerit-jerit melihat mereka. Yalah, perempuan ni memang pantang nampak lelaki hensem. Ami Dan Leya pula terpaku. Seperti melihat bidadara jatuh dari langit.
"Yah palliwa!" Jimin sudah berang. Agak-agak lah Nak jalan macam model pun, jalan lah cepat sikit.
"Selamat pagi semua!" ucap Taehyung dengan senyuman manis. Ami Dan Qis membalas senyuman itu kecuali Leya yang mengalihkan pandangan ke tempat lain.
"Wahai hati, tolong lah bertenang. Kita dekat tempat awam ni," Leya berbisik sendiri. Dia Cuba menayang muka selamba padahal dalam hatinya sudah bergetar hebat. Lebih-lebih lagi melihat gaya Taehyung Dan senyuman manisnya.
"Neo gwenchana, Leya-sshi?" suara garau Taehyung yang kedengaran dekat sekali dengan telinganya membuatkan Leya tersentak.
"Ddae!" oleh kerana rasa gugup yag amat sangat, Leya tertinggikan suara.
"Kot ye pun bersemangat, tak payah lah sampai jerit-jerit," Ami memerli. Dia Dan Qis sudah tergelak-gelak melihat Leya. Nampak sangat Leya gugup bila bersama Taehyung.
"Okay, ka-ja!" ujar Jimin dengan penuh semangat Dan teruja.
Setelah membeli tiket, mereka pun sama-sama melangkah masuk ke dalam taman tema itu. Jimin memilih untuk berjalan bergandingan dengan Ami. Sesekali itu dia menjeling Jungkook dengan senyuman sinis.
Apabila Jungkook melihat mereka berdua, terus dia mendengus geram sebelum mengatur langkah dengan laju sehingga meniggalkan mereka yang lain.
"Yah, sabar lah. Nak cepat-cepat buat apa?" Taehyung melaung pada Jungkook. Dia mengejar langkah Jungkook yang semakin laju.
Qis mengerling Ami Dan Jimin yang berjalan Di belakangnya. Melihat senyuman bahagia Jimin dengan Ami, membuatkannya berasa cemburu. Pandangan Jimin terhadap Ami sangat berbeza daripada cara pandangan lelaki itu kepadanya.