weroumi gadeukhi
pieoitneun i garden
gashituseongi
i moraeseonge nan nal maeeosseo
neoye ireumeun mwonji
gal goshi itgin hanji
Oh could you tell me?
i jeongwone sumeodeun neol bwasseoAnd I know
neoye ongin modu da jinjjaran geol
pureun kkocheul kkeokkneun son
jabgo shipjimannae unmyeongin geol
Don't smile on me
Light on me
neoege dagaseol su eopseunikka
naegen bulleojul ireumi eopseoYou know that I can't
Show you me
Give you me
chorahan moseub boyeojul sun eopseo
tto gamyeoneul sseugo neol mannareo ga
But I still want youAmi berjalan ke kelas seperti biasa. Dia tampak tenang namun di dalam fikirannya masih memikirkan kejadian malam tadi. Jungkook benar-benar mabuk semalam tapi apa yang dicakapkan itu betul atau dia sendiri tak sedar?
"Ish, tak payah fikirlah pasal dia. Kau dah tolak dia pun kan, jangan menyesal pulak!" Ami menggeleng-gelengkan kepala. Bila teringatkan lelaki itu, mulalah wajahnya bertukar warna. Dia dapat rasakan saat ini pipinya berbahang kepanasan.
'Ya Allah, kau kawallah rasa ini daripada tersasar jauh dari keredaan-Mu. Aku sukakan dia dan aku cintakan dia, tapi aku tahu aku tak mampu dan tak layak bersamanya. Jika dia bukan untuk aku, maka kau kurniakanlah jodoh terbaik buat dia tetapi jika benar dia jodoh aku, kau berikanlah petunjuk. Agar aku tidak terus terbuai dengan perasaan ini, ya Allah.'
Ami berdoa di dalam hati. Dia memohon petunjuk daripada yang Maha Kuasa. Jika apa yang berlaku ini merupakan tanda, maka dia perlukan jawapan yang benar. Allah sahajalah yang mampu menjawabnya.
Ami memejamkan mata buat beberapa detik. Detakan jantung dan nafasnya cuba dikawal. Perlahan-lahan dia menarik dan menghembus nafas. Buka sahaja mata, dia melihat Jungkook di depan mata sedang merenungnya. (Tengok gambar di atas)
Dan jantung mula hilang kawalan juga pipinya sudah merona merah. Kalau macam ni boleh pengsan jadinya. Ami berdehem untuk menutup rasa gugupnya. Jungkook melangkah beberapa tapak mendekatinya namun dia berhenti sejauh 5 kaki daripada gadis itu.
"Awak betul tak sukakan saya?"
Mata Ami terkelip-kelip apabila diajukan soalan cepumas itu. Apa ni? Muncul tiba-tiba, tanya soalan luar dari kotak. Lelaki ni memang tak pernah kenal putus asa.
"App..apa?" Ami menampar mukanya sendiri. Boleh pula gagap masa ni.
"Kalau awak tak sukakan saya, kenapa setiap kali saya jumpa awak dan cakap pasal benda ni muka awak merah?"
Bingo! Lagi soalan cepumas. Ami terpanar. Jantung mungkin dah keluar dari tempatnya, lidah pula kelu tak terkata. Ami cepat-cepat menutup mukanya dengan mafla.
"Mana ada, muka saya merah sebab musim sejuk. Saya tak boleh tahan sejuk," Ami memberi alasan padahal dia bukannya tak biasa dengan musim sejuk. Dah bertahun belajar di sini, dan dia sudah bersiap sedia bila tiba musim sejuk.
"Jinjja?"
"Dae, 3000%" kata Ami dengan yakinnya. Jungkook menjongket sebelah kening, kurang percaya dengan Ami.
"Mianhae," ucap Jungkook.
"untuk apa?"
"untuk semalam."

ANDA SEDANG MEMBACA
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...