Part 45

148 23 1
                                        

JIMIN P.O.V

Aku dah agak akan jadi macam ni. Aku ikut Jungkook senyap-senyap dan aku nampak segala-galanya. Kenapa dia sanggup buat macam tu? Dia sanggup sakitkan hati sendiri untuk lihat orang lain bahagia. Adil ke untuk kau, Ami? 

Aku mendapatkan Ami yang berlari menjauhi Everland. Sebelum dia pergi jauh aku cepat-cepat menghalang laluannya dengan mendepakan tangan di hadapannya. Dia terkejut dengan kedatangan aku yang tiba-tiba. 

"Ami, neo gwenchana?"  Aku lihat muka dia merah padam dengan air mata yang tak henti-henti mengalir. Aku tahu dia tak okey. 

"Kenapa awak kat sini?" soal Ami dalam sedu sedan. 

"Ami, saya tahu awak tak okey. Awak tak patut buat macam tu," 

"Kenapa awak asyik nak persoalkan apa yang saya buat? Sepatutnya awak gembira sebab saya dah tolak Jungkook dan awak ada peluang sekarang!" 

Aku tersentak. Seram pulak tengok dia marah macam ni. Tapi, salah ke apa yang aku cakap? 

"Peluang? Heh, mungkin saya jahat sebab sanggup gadaikan persahabatan saya dengan Jungkook semata-mata untuk dapatkan awak. Tapi, saya sedar siapa saya di mata awak dan siapa Jungkook pada awak. Saya tak akan ulang kesilapan yang sama dan saya tak akan khianati kawan saya lagi!" 

Giliran Ami pula yang terpempan apabila aku meninggi suara padanya. Aku lihat ke dalam matanya yang berkaca-kaca menunggu masa sahaja untuk pecah. Haih, ini yang tak boleh ni kalau perempuan menangis. 

"Ami..." 

"Huwaaaaaa...." Ami mencangkung dan melepaskan tangisannya di situ. Aku tergamam mendengar esakan tangisan Ami. Kepala yang tak gatal aku garu sudah macam pesalah lantas aku tunduk sama memujuk dia. 

"Ami, mianhae. Saya tak sengaja tinggi suara kat awak," aku cuba menenangkannya. Aku nak saja usap belakang badannya tapi tak boleh. 

"Awak betul..Jimin...awak betul...saya ni bodoh!" Ami bercakap dalam sedu sedan. Aku silap dengar ke? 

"Dae, awak betul! Saya memang sukakan Jungkook, puas hati awak?!" Dia memarahi aku pula. 

Orang yang sedang lalu lalang di kawasan itu memandang kami berdua dengan pandangan ganjal. Yelah, siapa je tak pelik tengok orang melolong dekat tengah-tengah alam ni. Ada beberapa orang yang mengeluarkan telefon mereka untuk merakam kejadian ini. Aku cepat-cepat tanggalkan kot labuh aku dan sarungkan ke atas kepala dia untuk sembunyikan muka dia. Orang sekarang ni, asyik nak viral je! 

Aku biarkan Ami menangis kalau itu yang boleh tenangkan hati dia. Haih Jungkook, nasib baik aku ni kawan yang baik. Kalau bukan sebab Ami yang cintakan kau, dah lama aku kebas. 

-------------------------------------

LEYA P.O.V 

Breath in, breath out....you can do this, Warda Aleya! Kau cuma perlu cakap dengan ibu ayah yang kau nak kenalkan Taehyung pada diorang. Itu aje. Kau boleh buat. Dengan rasa berdebar-debar, aku tekan video call. Tidak berapa lama selepas itu, wajah kedua-dua orang tuaku terpampang di skrin telefon. 

"Assalammualaikum, ibu, ayah!" aku menayang muka seceria mungkin untuk tutup rasa gugupku. 

"Waalaikumsalam, mimpi apa video call malam-malam ni?" soal ibu. Belum nak bagitau lagi dah rasa berdebar. 

"Ibu dengan ayah sihat?" aku cuba membuka topik lain. 

"Macam yang kau tengok sekarang, sihat je ni. Boleh berlari lagi," kata ayah. Senyuman ayah yang sentiasa ceria itu buatkan aku rasa rindu pada mereka. Rindu pada Malaysia. 

The Boys  Next DoorTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang