~Qis P.O.V~
Aku melangkah masuk ke dalam sebuah bangunan syarikat rakaman, Big Hit Entertainment. Macam mana aku boleh ada kat sini? Aku baru selamat tiba di Korea pagi tadi. Sehari selepas Ami bertunang aku terus terbang semula ke sini. Kenapa? Masih ada perkara yang belum selesai.
Aku senyum pada setiap orang yang berselisih denganku. Memanglah aku tak kenal diorang, tapi senyuman itu satu sedekahkan? (Merapu pulak) Aku mengatur langkah menuju ke arah bilik latihan. Dari luar pintu kaca lutsinar, aku boleh lihat seorang lelaki sedang menari di hadapan cermin. Dia seorang diri. Langkahnya boleh dikatakan agak menarik, dia punya aura yang tersendiri.
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum mengetuk cermin pintu. "Jimin-sshi,"
Lelaki yang sedang lincah menari tadi berhenti saat mendengar namanya. Dia berpaling lantas bibirnya mengukir senyum bila melihat aku.
"Qis-eu, awak datang lagi?"Jimin mengesat dahinya yang berpeluh. Bajunya saja sudah basah. Pasti dia sudah berjam-jam berlatih. Siannnnn dia.
"Saya bawakan bekal untuk awak, mesti awak penatkan?" soalku sambil menghulurkan bekal yang aku bawa.
Dia senyum hambar, namun tetap juga mengambil bekal aku tu.
"Qis-eu, saya minta maaf kalau saya kecewakan awak. Tapi, awak tak perlu bersusah payah untuk saya."
Aku tahu dah macam-macam benda aku buat untuk dia. Akulah yang tolong daftarkan nama dia dalam Big Hit, aku jugak yang recommend dekat Bang Si Hyuk pd-nim untuk ambil dia jadi trainee sebabtu aku boleh masuk sini sesuka hati aku. Setiap hari aku bawakan makanan untuk dia bila dia habis latihan. Tapi, kenapa dia masih tak faham?
"Saya cuma tak nak awak berlapar."
"Qis, saya tahu awak buat macam ni untuk saya lupakan Ami kan?"
Betul sangat apa yang dia cakapkan. Walaupun dia kata dia okey bila Ami tolak dia dengan baik. Tapi, hakikatnya, lepas Ami balik Malaysia aku tengok dia macam dah hilang semangat. Macam dalam kemurungan. Jadi, aku harap bila aku selalu ada depan mata dia, boleh buatkan dia lupakan Ami. Aku cuma nak rawat hati dia yang dah terluka.
"Saya tak mahu kecewakan awak tapi saya masih sukakan Ami. Gilakan? Walaupun dia dah bertunang, saya masih mahukan dia."
Walaupun dah banyak kali dia cakap macam tu, aku tetap akan rasa tersinggung. Dia masih sukakan Ami. Jimin masih sayangkan Ami.
"Awak perempuan yang baik, tak padan dengan saya. Saya masih tak boleh lupakan Ami. Percayalah, awak akan jumpa lelaki yang lebih baik dan padan dengan awak nanti."
Tanpa sedar air mata yang pada mulanya berkaca dia kelopak mataku akhirnya pecah juga. Aku tunduk memandang bawah. Tiada peluangkah untuk aku?
"Keurae, nan galke." Aku meminta diri. Tidak sanggup lagi berhadapan dengan Jimin dalam keadaan begini.
Aku berpaling lalu melangkah keluar dari bilik latihan ni. Mungkinkah ini kali terakhir aku jejakkan kaki ke sini? Aku menggeleng.
"Aku akan tetap tunggu kau, Park Jimin." Dengan rasa hibanya aku teruskan berjalan sampailah ke luar bangunan. Dia tak akan panggil kau lagi, Qis. Sedarlah!
"Qis!" Aku berhenti. Terasa namaku dipanggil. Aku memandang belakang. Jimin tercungap-cungap berlari ke arahku. Aku tertinggal barang ke?
Dia mengambil nafas dahulu sebelum berjalan ke arahku. "Mianhae,"
"Nae?"
~Tamat~
Apa kesudahan cerita Jimin dan Qis? Tunggu update cerita baru yang akan datang untuk Jimin dan Qis. Tapi rasanya bukan dalam tahun ni. Just wait, okay? Lots of love..<3 <3

ANDA SEDANG MEMBACA
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...