Ami mencelikkan mata. Dia memandang sekeliling di mana dia berada di Taman Tema Everland. Namun, bagaimana dia boleh ada di sini? Serta merta dia teringat di sinilah tempat di mana Jungkook meluahkan perasaan padanya.
"Syameem," Ami mengangkat muka apabila terasa namanya dipanggil. Arasy tersenyum simpul. Apa yang sedang berlaku ni, aku keliru!
"Apa kita buat dekat sini, Arasy?" Ami bertanya.
"Ikut saya," Arasy tidak menjawab soalan Ami. Dia berjalan dahulu kemudian Ami membuntutinya dari belakang tanpa banyak soal. Namun, dalam fikiran Ami tertanya-tanya mereka berada di sini.
Arasy berhenti di hadapan Ferris Wheel. Ami pun turut berhenti melangkah. Buatkan dia semakin tertanya-tanya apabila Arasy hanya senyum tanpa sebarang kata.
Beberapa minit menyepi, barulah Arasy bersuara. "Awak tahu kenapa saya bawa awak datang sini?"
Ami menggeleng. Manalah aku tahu, yang aku tahu ikut kau sampai sini.
"Saya nak bawa awak jumpa seseorang," Arasy ke tepi dan terlihat sekujur tubuh yang berdiri di belakangnya. Ami terpempan. Lelaki ini yang sering berada dalam fikirannya kini muncul semula.
"Fateh!" Ami terbangun. Mata terbuka luas. Leya dan Qis terperanjat dengan jeritannya yang tiba-tiba itu.
Papp! Leya terus menampar bahu gadis itu. "Macam mana boleh pengsan? Nasib baik ramai orang dah balik. Buat malu je!"
Ami memegang bahunya yang ditampar. "Sakitlah Leya.."
"Sakit? Yang kau ni dah kenapa pengsan sampai sebut-sebut nama dia ni?" Leya bertanya pada Ami.
"Terkejut ke nampak bidadara?" Sejurus Qis berkata begitu, Leya terus menampar bahunya. "Auch! Sakitlah!"
"Aku minta maaf Leya, sebab dah buat kacau dalam majlis kau. Tapi,macam mana si Jungkook tu boleh ada kat sini?" Ami tertanya-tanya akan kedatangan Jungkook yang tiba-tiba itu. Sudah lama dia tak melihat lelaki itu dan dalam diam menyimpan rindu.
"Fateh, kan dia cakap nama dia Fateh." Qis membetulkan. Dia dengar dengan jelas nama yang Jungkook katakan sebelum Ami pengsan tadi.
Fateh. Nama itu yang muncul dalam fikirannya sebelum dia terbangun tadi. Lelaki itu sahaja yang mampu membuat pipinya memerah tetapi kali ini lebih kronik sehingga jatuh pengsan. Ami sendiri tidak mampu mengawalnya. Kemunculannya sangat mengejutkan.
"Dia ada kat luar lagi ke?" Ami bertanya.
"Ha'ah, aku nampak diorang tengah berbincang dekat ruang tamu. Macam serius je bunyinya," Kata Qis.
Serius? Apa yang mereka bincangkan? Jungkook datang sini semata-mata join rombongan saja ke ataupun ada agenda lain? Ami jadi serabut bila memikirkannya. Dia bangun dari katil.
"Kau nak ke mana pulak?" soal Leya.
"Aku nak tengok dioranglah," rasa ingin tahu Ami membuak-buak. Apabila dia melangkah keluar sahaja dari bilik Leya, telinganya ditarik oleh Puan Rasyida.
Terbongkok-bongkok Ami jadinya apabila Puan Rasyida memulas telinganya.
"Ini makan dia! Macam mana boleh pengsan? Nasib baik dah ramai orang yang balik tau," marah Puan Rasyida. "Maaf ye Leya, entah sawan ke apa budak ni."
"Ala umi, macamlah Leya tak biasa dengan perangai sawan dia ni." kata Leya selamba diiringi gelak tawa Qis dan Puan Rasyida. Ami pula merenung Leya tajam.
![](https://img.wattpad.com/cover/142621707-288-k610165.jpg)
YOU ARE READING
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...