"Terima kasih, Shamim. Susahkan awak je.." Aku berkata pada Shamim. Lelaki itu tersenyum sahaja.
Dialah yang tolong belikan plaster untuk aku dan dia juga baik hati yang teman aku balik dengan papahkan basikal aku.
"Tak mengapa, saya tak kisah pun.." katanya.
"Tapi, macam mana awak boleh ada kat sana?" aku hairan bagaimana dia boleh ada kat situ dengan pakaian kerjanya. Tak silap aku, dia pun sama-sama angkat kotak dengan pak cik-pak cik tu.
"Betul, saya buat kerja sambilan." katanya.
Aku mengangguk. Kami diam seketika bila tiada modal untuk berbual. Aku melemparkan pandangan ke tepi jalan begitu juga dengan dia.
"Leya, boleh saya tanya awak sesuatu?"
"Tanyalah, "
"Kawan awak..Ami tu dah berpunya ke?"
"Ami? Saya pun tak tahu status dia sekarang," aku cakap macam ni sebab aku sendiri tak tahu macam mana hubungan Ami dengan Jungkook.
"Oh," sepatah sahaja dia jawab. Bunyinya macam kecewa je..
"Eh, baru saya perasan yang nama awak sama dengan Ami. Cuma ejaan je yang lain. Kalau Ami , S.Y.A.M.E.E.M. Awak ada h."
Aku lihat Shamim sekadar tersenyum. Tak gembira ke dengan kenyataan yang aku bagi?
"Emm..kenapa awak tanya?"
"Saya harap awak tak salah faham dengan saya. Saya tak ada niat yang bukan-bukan. Cuma, sejak dua menjak ni saya tengok dia rapat dengan budak lelaki yang baru tu."
Aku dah agak, mesti Shamim nampak Ami dengan Jungkook. Diorang ni memang tak pandai sorok..
"Awak suka Ami ke?"
Shamim tak terus menjawab soalan aku. Kami terus berjalan sehingga tiba di depan rumah dengan selamat.
"Dah sampai,"
"Terina kasih, Shamim. Awak nak saya kirim salam dekat Ami ke?"
"Boleh juga," kata dia dengan senyuman lebar. Gatal! Bagitahu Jungkook kang!
Kami berpisah di situ. Aku terus melangkah masuk ke dalam rumah. Sebelum balik tadi, aku sempat buat laporan polis pasal kes tadi. Ya Allah, serik!
Sampai di depan pintu,Ami dengan bercekak pingganh dan Qis berpeluk tubuh sedang pandang aku tajam.
"Warda Aleya, what's happen with our house? " soal Ami.
"Kau okey tak? Tangan tu berbalut kenapa?" Aku menutup tangan aku yang terluka kerana kemalangan tadi.
"Tak ada apa, jatuh basikal je.. " Aku terpaksa berbohong supaya diorang tak rasa terancan dengan ugutan Ryo.
"Kau pergi mana sampai jatuh ni? " Budak Ami ni kan, terlebih ambil berat pula...
"Aku rasa ini semua angkara Ryo. Tapi, macam mana dia boleh tahu rumah kita? " kata Qis. Betul sangat tu Qis, hampir sahaja nyawa aku melayang tadi.
"Mungkin dia ikut Taehyung? " fikirku.
"Tapi, kenapa dia serang rumah kita. Yang cari pasal dengan diorang Jungkook dengan Taehyung." dah macam perisik pula dok tanya itu ini.
"Ke diorang plan nak culik kita? " Qis dengan sangkaan buruk dia, memang tak boleh berpisah. Tapi, ada logiknya juga tu.
"Jangan risau, aku dah buat report pasal benda ni. Lepas ni akan ada pihak polis yang pantau kita,"

ANDA SEDANG MEMBACA
The Boys Next Door
FanfictionBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...