Part 17

242 18 1
                                    

Ami menjengukkan kepala ke luar tingkap van. Angin menderu menampar pipinya. Sesekali itu dia mengeluarkan tangannya.

"Hei, masukkan kepala tu nanti terlanggar pokok pula.." kata Jungkook.

Ami mencebik. Mana ada pokok. Kepalanya masih terjenguk ke luar. Tiba-tiba, tanpa amaran sehelai kertas menempek di wajahnya.

"Ish, sampah masyarakat betul," Ami mengalihkan kertas itu yang merupakan poster pusat karaoke.

Jungkook yang memerhati daripada cermin sisi meledakkan tawa. Itulah, orang cakap tak nak dengar.

Jin memandu dengan tenang. Tetapi semakin lama dia merasakan yang van mereka diekori. Jin meningkatkan kelajuan apabila kereta yang mengekorinya semakin menghampiri.

Taehyung dan Jimin terjaga apabila van dipandu Jin memecut secara tiba-tiba. Akhirnya, kereta yang mengekori mereka hilang dari pandangan.

"Yeay.!!" Jin bersorak seorang diri. Yang lain pula terpinga-pinga kehairanan.

Baru sahaja lepas dari diekori,van mereka pula yang berhenti secara tiba-tiba.

"Alamak, masalah apa pula ni?" Jin memberhentikan vannya di tepi jalan. Dia keluar sebentat untuk memeriksa namun apabila keluar sahaja, dia terlihat kereta yang mengekori mereka dari tadi sedang menuju ke sini.

"Semua keluar!" Jerit Jin. Jungkook, Jimin, Taehyung, Ami, Qis, Leya dan Damia keluar daripada van dengan tertanya tanya.

"Waguere, hyung?" soal Jungkook. Jin memuncungkan bibirnya ke arah kereta hitam tersebut.

"Semua menyorok!" Jungkook terus menarik Ami bersembunyi bersamanya. Ami turut mengheret Damia bersamanya.

Taehyung, Jimin, Leya dan Qis juga mencari tempat bersembunyi.

"Cari diorang semua!" Ryo bertempik. Qis terus menekup mulutnya. Dia berasa takut lalu hujung baju Leya digenggam kuat.

"Jangan takut , saya ada." Jimin menyedari wajah Qis yang sedang pucat.

"Macam mana diorang boleh ada kat sini?" bisik Ami panik.

"Shh.. Dia ekori kita dari tadi." ujar Jin. "Neo gwenchana, Ami-sshi?" Jin bertanyakan keadaan Ami.

"Dae, nan gwenchana." Ujar Ami. Jungkook dan Damia perhatikan sahaja  mereka berdua. Namun, di dalam hati masing-masing sudah terbit perasaan cemburu. 

"Dami-sshi?" Jin menegur Damia pula. Damia mengangguk lemah. 'Dahlah lambat tanya, salah nama pula tu..'

"Hyung, kita terus masuk van bila diorang tak ada," cadang Jungkook. Jin mengangguk. Dia memberi isyarat kepada Jimin dan Taehyung supaya membawa Leya dan Qis ke arah bertentangan. Taehyung menunjukkan tanda 'ok'.

"Sekarang!" Jin memberi arahan. Mereka terus berlari masuk ke dalam van.

Anak-anak buah Ryo yang masih mencari di dalam hutan terlepas pandang.

"Okey, bismillah.." dengan sekali lafaz sahaja, enjin van berjaya dihidupkan kembali. Tanpa membuang masa lagi, Jin memecut terus ke Seoul.

"Woi!!" Ryo berteriak. Namun, apakan daya mereka sudah jauh meninggalkannya.

"Korang semua tak boleh pakai, lembap!" Dia menyalahkan anak buahnya pula.

------------------------------------------------------------------------

Mereka tiba di Seoul dengan selamat. Ami, Leya, Qis dan Damia mengucapkan terima kasih kepada Jin kerana menghantarkan mereka semua.

"Oppa nak nasihatkan kamu semua supaya sentiasa berjaga-jaga. Tak mustahil Ryo akan cari kamu semua di Seoul." ujar Jin. Dia binbang akan keselamatan mereka terutama sekali Jungkook.

The Boys  Next DoorWhere stories live. Discover now