AMI P.O.V
Aku sendirian di rumah. Dua sahabat kesayangan aku tak balik lagi. Banyak sangat ke assignment diorang tu? Bukannya aku takut tapi aku bosan sebab tak ada orang yang aku boleh kacau. Tak kan Nak kacau orang sebelah pulak? Kerja gila..
Lama-lama duduk atas sofa ni rasa haus pula. Aku pun pergi ke dapur untuk ambil segelas air. Baru je buka peti ais, seluruh pandanganku jadi gelap gelita. Adakah aku sudah buta?
"Ya Allah, gelapnya dunia!!!" aku menjerit sekuat hati. Aku tak buta, cuma blackout Sekejap. Haha, over betul.
"Kenapalah diorang tak balik-balik lagi ni?" aku paling tak suka duduk dalam gelap seorang diri macam ni. Apa-apa je boleh jadi.
Aku tak boleh duduk diam jadi aku Cuba cari torchlight atau lilin dalam setiap laci dekat dapur. Semua laci kabinet aku geledah tapi aku tak jumpa apa-apa. Sampai lah satu laci ni, aku berharap sangat torchlight tu ada kat sini. Aku Cuba raba-raba dalam laci tu. Tiba-tiba, aku terasa benda lembik. Aku pun pegang lagi benda tu.
"Apa benda ni?"
"Cak Cak Cak," baru aku tahu benda yang aku pegang tu adalah haiwan yang paling aku geli Dan aku memang tak suka dalam dunia ni.
"Ahhhhhh!!!!!" aku terus menjerit. Binawe punya cicak, tangan aku dah dicemari! Aku sumpah kau jadi batu!!!
Aku mencangkung di satu sudut sambil tutup telinga. Padahal terpegang cicak je pun. Ya Allah, kau hadirkanlah rakan-rakan aku secepat mungkin. Aku tak kuat duduk seorang diri.
Belum dapat aku lupakan tentang cicak tadi, aku dengar bunyi pintu utama dibuka. Aku memang tak kunci pintu supaya senang Leya dengan Qis masuk tanpa perlu aku jadi penyambut tetamu.
"Dah balik ke?" aku bangun perlahan-lahan Dan Cuba tengok ke arah pintu utama. Okey, aku tak nampak apa-apa pun.
"Qis, Leya, korang ke? Kalau korang dah balik cakap lah sesuatu. Asal diam je?" aku pelik campur rasa was was. Betul ke diorang yang balik. Mesti diorang bising bila tengok rumah gelap tapi aku tak dengar apa-apa.
"Wei, jangan main-main..." aku ambik papan landas. Aku main ambik je sebab aku tak nampak pisau. Jadi aku beranikan diri keluar ke ruang tamu.
Aku dapat lihat ada susuk tubuh seseorang. Aku tak dapat pastikan siapa dia yang pasti susuk tubuh dia tegap macam lelaki. Tak kan Ryo berjaya keluar dari penjara?
"Hajima, jangan berani dekat! Siapa kau?!" jangan main-main, aku pun belajar silat dulu tau!
"Yah.." lelaki itu Cuba mendekati aku Dan mengeluarkan sesuatu. Dengan pantas aku ayunkan papan landas tu ke kepala lelaki tu. Aku dapat dengar lelaki tu mengerang. Kejap, macam aku pernah dengar suara ni.
"Yah, kenapa awak pukul Saya?" Ya Allah, Jungkook Rupanya. Benda yang dia Nak keluar kan tu telefon Rupanya.
"Jung.. Jungkook?" aku blank Sekejap. Apa yang dia buat dekat sini?
"Dae, naega!" Jungkook mendekatkan lampu pada telefon ke mukanya.
"Awak buat apa kat sini?" Belum masa nya lagi Nak rasa lega kerana aku masih ragu-ragu dengan kedatangannya yang secara tiba-tiba ni.
"Saya dengar awak jerit tadi, jadi saya datang sini untuk pastikan awak okey.
Leya dengan Qis tak balik lagi ke?" Soal Jungkook.Buat sesaat aku rasa lega sebab dia ada di sini Dan aku rasa tersentuh sebab dia sanggup datang sini semata-mata Nak tengok keadaan aku. Siapa kata Jungkook tak ada ciri-ciri boyfriend material?

ANDA SEDANG MEMBACA
The Boys Next Door
Hayran KurguBila tiga muslimah berjiran dengan tiga lelaki korea yang annoying. Setiap hari ada saja benda yang nak digaduhkan. Hanya kerana satu insiden, Ami terpaksa berpura-pura menjadi 'yeojin' Jungkook. Dalam tempoh itu, Jungkook meminta Ami mengajarkannya...