TERSENGIH. Itu ajelah yang aku mampu bila telinga aku terpaksa menahan azab mendengar celoteh dari guru kaunseling. Sesekali, wajah selamba Raf aku kerling. Haih, rasa nak rengau rambut bad boy tu pun ada. Sebab dia bergaduh, aku juga kena heret.
"Saya minta pada kamu Widya, ubah perangai Raf. Makin hari, perangai dia tu makin buat cikgu - cikgu rasa marah". Kini suara Cikgu Izzudin mengendur seakan sedang merayu kepada aku untuk mengubah seorang bad boy.
Aku tersenyum paksa. Kepala dianggukkan perlahan.
"Saya cuba cikgu", Tukas ku lembut.
Hakikatnya, Alfan Rafisqi takkan mampu diubah. Serasanya dulu, Aunty Aliesha ada tertelan batu masa mengandung bad boy ni kut. Sebab tu keras kepala!
"Saya tak nak kamu cuba, Widya. Saya tahu kamu boleh buat", Kata - kata Cikgu Izzudin mampu membuatkan Raf mencebik seakan menyampah.
Aku tahu, segala teguran cikgu - cikgu ibarat masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Langsung dia ambil berat.
Aku mengangguk sajalah seperti burung belatuk. Haih, hari - hari kena hadap benda yang sama. Boleh kira rutin hairan di sekolah.
"Bosanlah", Rungutnya.
Tanpa pamitan, terus dia bangun lalu keluar dari bilik kauseling. Aku menoleh memandangnya. Mata dijegilkan mengarahnya kembali masuk dan duduk menghadap Cikgu Izzudin.
Namun seorang bad boy yang keras kepala seperti batu kerikil, dia hanya ikut mood dia aje. Kalau datang mood dia jinak, aku cakap apa semua dia dengar. Kalau datang mood degil dia, memang aku rasa nak aje ketuk pakai tukul warrington bagi pecah batu kerikil dalam tengkorak dia tu!
Aku tersengih serba salah memandang Cikgu Izzudin yang hanya menggeleng.
"Widya, sekali lagi saya merayu kepada kamu, tolonglah ubah Raf tu. Saya tahu dalam banyak - banyak orang di dalam sekolah ini, hanya arahan kamu aje yang dia akur". Cikgu Izzudin memandang aku dengan wajah penuh pengharapan. Aku tersenyum canggung.
Inilah aku rasa susah hati. Bad boy tu bukannya nak dengar sangat teguran aku. Tengoklah tadi, aku suruh dia masuk sini pun dia boleh buat derk aje!
"Kalau macam tu, saya minta diri dululah cikgu. Waktu sejarah saya tinggal lagi sepuluh minit", Pamitku sopan.
Sebaik saja melihat anggukan Cikgu Izzudin, terus aku keluar dari bilik kaunseling macam pelesit! Bibir aku ketap.
Geram aku dengan bad boy tu.
Kalau aku dapat dia, memang aku pulas telinga dia sampai senget!
SEPANJANG perjalanan menuju ke kantin, Raf menekup telinga. Wajahnya seakan menyampah. Fahim, Rian dan Rizky juga turut menekup telinga mereka. Menahan kesakitan dari mendengar bebelan aku. Meskipun bukan kesalahan tiga lelaki yang mengekor aku dari belakang, mereka tetap juga terpaksa dengar atas sebab kedegilan ketua mereka ini!
"Esok aku nak kau masuk kelas segar pagi awal - awal. Aku tak kira kau merungut macam mana sekalipun, aku akan pastikan kita sampai seolah esok sebelum pukul tujuh!" Tegasku. Aku tahu, esok pasti saja pelbagai alasan yang menyinggah untuk mengelak dari kelas segar pagi.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...