MACAM tak sangka lima hari sudah berlalu. Dengan sekali lafaz dan bersaksikan Fahim dan Rizky, aku sudah sah menjadi isteri Raf. Baju nikah pun Kak Arwaa tolong tempahkan untuk aku sebagai hadiah perkahwinan. Pernikahan kami berdua pun di buat ringkas - ringkas sahaja kerana Raf tak mahu Uncle Wan dan Imdad buat kacau ketika Raf majlis pernikahan berlangsung.
“Pengantin baru!” Aku tersentak tatkala mendengar suara kuat Rizky yang menyergah. Aku pandang dia yang datang bersama - sama Rian dan Fahim. Mereka bertiga tersenyum kacak.
“Kenapa kau termenung seorang di sini? Kata nak pergi ke tandas. Raf cari kau”, Kata Rian.
Aku tersenyum nipis.
“Rasa terkejut sebab tak sangka dah jadi isteri Raf. Cepat betul masa berlalu”, Balasku dalam nada perlahan. Malu bila mereka bertiga sudah mula tayang senyuman mengusik. Ada lah tu akal mereka nak mengusik aku.
“Dah kahwin jangan lupa bagi anak buah untuk kami. Aku tak sabar nak tengok anak kau dan Raf. Mesti comel”, Dah agak dah. Memang aku akan kena usik punyalah.
“Itu lah. Kau kena hati - hati Widya. Dia tu tak sabar dah nak terkam kau. Habislah kau”. Kali ini Rian pula mengusik.
Mereka bertiga ketawa nakal.
Aku mengemam bibir.
Raf tu gatal ke? Kenapa aku tak pernah nampak pun sisi gatal dia? Aku cuma nampak sisi gelap dia aje.
“Gelak - gelak apa? Kau bertiga burukan aku depan Widya ya?” Suara garau Raf terus mematikan ketawa Fahim, Rian dan Rizky. Aku menunduk tatkala melihat Raf merapatiku. Pinggang aku di paut kemas.
Rasa berdebar. Selesa pun ada juga.
“Mana ada. Kami cuma minta anak buah aje. Bukannya mengutuk kau”, Ujar Fahim sambil tergelak kecil.
“Betul tu”, Rizky tidak ketinggalan menyokong Fahim.
“Kalau Widya tanya soalan yang pelik - pelik pada aku, siap kau bertiga”. Pesan Raf dengan suara acah - acah garang. Mereka bertiga tergelak kecil. Tak takut langsung dengan peringatan itu.
“Widya”,
Aku cepat - cepat mendongak memandang wajah kacak Raf. Dia ukir senyuman manis kepadaku. Hari ini dia tampak sungguh segak dengan baju melayu berwarna putih dan bersampin putih - kuning keemasan serta songkok hitam di atas kepalanya. Indah betul ciptaan yang Maha Pencipta.
“Ehem, Widya. Tenung Raf macam nak telan tu kenapa? Nanti masuk bilik tenunglah puas - puas. Tapi kalau kat sini jangan lain main tenung - tenung. Kesiankan orang single”. Panas pipiku dikala mendengar teguran Fahim.
Rian dan Rizky turut tersengih.
“Siapa suruh kau bertiga tak cari pilihan sendiri?” Tempelak Raf. Geram agaknya bila mereka bertiga tidak berhenti mengusikku.
Aku tersenyum nipis tatkala melihat mereka masing - masing mencebik.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...