PASAR Raya Besar Aeon. Bila dah lama tak keluar mulalah jadi teruja persis rusa masuk kampung. Aku boleh aje nak keluar sendiri tapi Raf langsung tak harapkan aku boleh berdikari. Janji mahu temankan aku tetapi dia juga sibuk memanjang. Sudahnya, aku keluar dengan Rian juga.
Aku pandang Rian yang sibuk membelek baju - baju bayi. Dia nampak teruja. Pada pandangan aku lah. Tapi kenapa dia masih tak ada pasangan untuk melangkah bersama ke jinjang pelamin?
"Ri..." Aku mati kata tatkala belakang tubuhku terasa disentuh seseorang.
Lelaki tu dia tak sengaja ataupun memang sengaja sentuh aku?
Melihat aku memerhati lelaki itu, dia cepat - cepat sahaja berlalu pergi. Entah kenapa aku rasa lelaki tu asyik mengekori kami semasa kami mula - mula sampai di sini.
"Kau suka baju macam mana?" Dia tanya aku.
Dengan muka serius Rian tu, sambil pegang dua jenis pakaian bayi yang berlainan jantina... aku rasa Rian boleh jadi suami yang mithali bila dia kahwin nanti.
Aku sengih.
"Tak suka dua - dua", Balasku bersahaja.
Rian jeling aku. Muka dia langsung tak puas hati. Geram agaknya bila dia pilihkan pakaian langsung aku tak suka.
Aku belek kasut bayi.
Bibir automatik tersenyum sendiri apabila aku bayangkan anak aku dan Raf. Entah apa jantina anak kami agaknya. Aku tak kisah sama ada lelaki ataupun perempuan. Tapi Raf pula dia mahukan sangat anak lelaki. Siap ada hati nakkan kembar buat aku tak tahan dengan perangainya. Berangan pula mahukan kembar. Dia ingat isteri dia ni kilang buat anak agaknya.
Aku terkaku bila terasa sekali lagi sentuhan di belakang tubuhku.
Aku toleh pandang lelaki yang berlalu itu. Aku tak rasa dia tak sengaja. Memang dia sengaja sentuh aku.
"Kau rasa okey tak baju ni?" Rian tegur aku.
Aku pandang Rian. Tak tahulah kenapa aku rasa nak menangis. Air mata jatuh menitik.
Air muka Rian berubah.
"Kenapa kau menangis? Ada orang kacau kau ke?" Soalnya dengan suara bengang. Muka dia marah.
"Lelaki... lelaki tadi raba aku", Aduku.
Bukan sengaja aku nak jadi jahat. Tapi kalau aku tak beritahu Rian nanti lelaki tu buat lagi teruk macam mana?
"Lelaki? Which one", Dia pandang aku tajam.
Rian nak buat apa?
"Janganlah buat kecoh. Kita balik ajelah", Aku pujuk dia. Takut pulak kalau Rian buat pasal. Dia lagi pemarah berbanding Raf.
"Lelaki mana Widya?" Dia tanya aku lagi.
Aku ketap bibir.
Bila lelaki tu lalu lagi, aku terus sembunyi belakang Rian.
Rian ketap giginya. Kolar baju lelaki itu di cekaknya kasar. Terjerit aku bila tengok perbuatan drastik Rian.
"Rian, lepaskan lelaki tu!" Aku tahan dia.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...