"WIDYA... Widya... Widya!"
Mataku terus terbuka bila mendengar suara Raf menampar gegendang telingaku. Seluruh ruangan bilikku di teroka. Nafas aku masih tercungap - cungap. Peluh merenik pada dahi dan leher. Jantung berdegup pantas bagaikan baru sahaja selesai menyertai acara lumba lari.
"Widya..." Kini suara abang pula menyapa halwa telinga.
Perlahan - lahan anak mataku menoleh memandang mereka.
Wajah abang yang berkerut risau dan wajah Raf serius namun anak matanya jelas memancarkan kerisauan.
Mimpi ngeri itu. Mimpi yang telah lama terkubur dalam ingatanku muncul kembali. Membuatkan segala emosiku kini berkecamuk untuk menerima keadaan diriku sekarang.
Melihat kedua - dua lelaki kesayanganku yang berada di hadapan ini... air mataku jatuh menitis. Sungguh, segala kekuatan aku selama ini terus lesap ditiup angin bila aku menghadapi keadaan perit sebegini. Jikalau tidak kerana bantuan mama, abang dan Raf, sudah pastinya aku akan melakukan melakukan kerja gila yang menyakiti diriku sendiri.
"Widya... Widya kenapa ni? Kenapa menangis?" Soal abang risau. Wajahku ditekupnya.
Nafasku laju bila tangan abang mengingatkan aku pada sentuhan kurang ajar pada malam itu.
"Lepas. Jangan!" Aku mula menjerit dan menjauhi abang.
Riak wajah abang dan Raf terus berubah lagi.
"Hey, Widya... ni abang dan Raf. Kami takkan sakiti Widya". Abang masih lagi belum berputus asa untuk memujukku.
Aku menggeleng.
Bagaikan bisikan - bisikan halus mula mempengaruhi akalku. Air mataku makin lebat mengalir. Sesak dada.
"Keluar!! Keluarlah!!" Herdikku.
Sungguh, aku rasa serba - salah. Tetapi separuh lagi akalku menegah aku untuk melayan perasaan itu.
Tanpa sebarang bicara dari Raf, tubuh aku di peluknya erat. Puas aku memukul - mukul tubuhnya agar dia melepaskanku. Namun bukannya aku di lepaskan. Tetapi pelukan itu makin di eratkan.
"Lepas.."
"You are my 42... I need you with me and I'm here for you. Aku knight shining amor kau. Akan melindungi kau setiap masa. Just for you, Widya Arluna". Bisik Raf. Pelipis aku di kucupnya, syahdu.
Air mataku menitis.
Terus tangisan terhambur. Bajunya aku cengkam bersama esakkan.
"Rafff... Aku takut Raff. Malam tu lelaki tu sentuh aku. Aku tak ada sesiapa yang bantu aku",
"I'm sorry Widya. Kalaulah abang balik lebih awal... Widya takkan jadi macam ni. Abang minta maaf". Dagu aku ditariknya lembut lalu ciuman nipis singgah pada dahiku.
Pertama kali seumur hidupku, aku melihat abang menangis.
"Aku juga minta maaf..." Bisik Raf. Perlahan. Terasa basah baju pada bahagian bahuku. Tahulah aku bahawa bad boy juga menangisi nasib aku.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...