"APA yang kau nak Imdad?" Soalku perlahan. Suara aku jelas sangat menggeletar sehinggakan Imdad boleh ketawa kecil dengan sikapku.
"Kau, takut dengan aku Widya? Why? Sebab sekarang kau dah cantik bertudung? Sebab kau dah jadi isteri bad boy?" Soalnya dalam nada menyindir.
Aku ketap bibir.
"Kau baliklah. Nanti kalau Rian datang aku pastikan dia belasah kau cukup - cukup", Kataku berbaur ugutan.
Ketawa Imdad meletus lagi. Kuat!
"Widya... Widya..." Dia sengih sinis.
Aku mengundurkan langkah tatkala dia menapak mendekatiku. Nak masuk ke dalam rumah aku takut nanti Imdad akan turut masuk sekali dan sudahnya kami akan difitnah berkhalwat. Aku tak mahu itu berlaku.
Aku tepis kasar jari jemari Imdad yang mengusap pipiku.
Muka jijik aku tayang padanya.
"Kau bodoh ke? Aku isteri Raf!" Tegasku. Lupa agaknya aku ni bukannya zaman sekolah menengah yang dia suka hati boleh buat apa - apa aje. Aku hak Raf dan aku takkan benarkan dia sentuh aku.
"Oh, isteri Raf? Kau kata aku bodoh Widya? Kau percaya tak kalau aku kata kau yang bodoh?" Dia tanya aku semula.
"Apa maksud kau?"
Imdad sengih. Senget.
"Kau tak terfikir ke kenapa bad boy kesayangan kau tu beria - ria nak sangat kahwin dengan kau? Kau tak pelik ke kenapa dia marah sangat aku dekat dengan kau?" Soalnya lagi.
Nada suaranya yang agak menyeramkan itu buatkan aku geleng laju.
Sumpah aku tak pernah.
Aku tahu Raf ikhlas nak kahwin dengan aku sebab dia cintakan aku dan aku pun sangat - sangat cintakan dia.
"Ingat kes kau kena rogol masa tingkatan satu?" Bila Imdad tanya aku macam tu aku rasa sendi aku longgar.
Macam mana Imdad boleh tahu?
"Kenapa? Kau terkejut? Kau ingat tak Widya?" Soal Imdad lagi.
Aku diam.
Tipulah kalau aku kata aku tak ingat.
Benda tu takkan pernah hilang dari fikiran aku sampai bila - bila.
"Kau nak tahu tak apa yang aku tahu?" Dia cuba bermain tarik tali dengan aku.
Aku ketap bibir.
"Beritahu ajelah apa yang kau tahu!" Bentakku geram.
"Ka..."
"Sial. Kau buat apa kat sini Imdad?!" Suara Rian yang mencelah secara tiba - tiba mematikan perbualan kami berdua.
Imdad gelak kecil.
"Kebetulan, kau ada di sini juga. Kau boleh jadi saksi aku untuk beritahu kebenaran pada Widya", Kata Imdad bersahaja.
"Kebenaran apa yang kau mengarut ni sial? Kau pergi berambus sekarang sebelum aku bunuh kau kat sini!" Bentaknya marah.
Rahangnya nampak mengeras dan dia kacip kuat giginya.
Matanya mencerlung tajam pada wajah Imdad.
"Kebenaran tentang bad boy", Cukup ayat tu buatkan air muka Rian berubah.
Hati aku dah rasa tak sedap.
Apa semua ni?
"Apa rahsia tentang Raf?" Aku mula mencelah.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...