AROMA nasi goreng pataya benar - benar menggugat nafsu makan sesiapa saja yang menghidunya. Waffle yang terhindang di atas meja aku capai lalu dibawa ke mulut. Langkah dibuka menuju ke ruang dapur.
"Morning ma!" Pipi mama aku kucup mesra. Tersengih aku apabila melihat wajah terkejutnya.
"Raf dah bangun belum?" Soal mama sambil menarik lembut pipi aku.
Lama aku diam lalu menjungkit bahu. Aku sendiri tak perasan. Abang aku pun masih belum bangun dari tidur. Jadi aku rasa Raf juga masih belum lagi bangun. Sudahlah perangai budak berdua tu sama saja.
"Bertuah punya budak. Pergi kejutkan Raf. Kamu berdua sekolahkan hari ni", Bebel mama. Tubuh aku ditolak - tolak menuju ke tangga.
"Maaa, Raf boleh bangun sendiri la". Rengekku.
Tak nak aku masuk bilik anak teruna. Dah lah bilik serupa sarang tikus mondok. Aku rasa kalau tikus masuk pun boleh fobia sebab sarang dia lagi bersih.
"Kalau tunggu Raf bangun sendiri, cerita dia memang kamu berdua akan lambat. Mama dah tak larat terima surat amaran dari pihak sekolah", Mama berdiri di hadapanku sambil senduk di tangannya di hala ke arahku. Haih, kalau kena senduk tu, memang benjol lah kepala aku.
"Tapi maa", Aku masih lagi belum mahu akur.
"Pergi kejutkan Raf sebelum mama tarik telinga kamu", Kata mama berbaur ugutan. Mata dijegilkan kepadaku.
Aku mencebik.
"Yalah, Widya kejutkan Raf". Akurku. Longlai setiap anak tangga aku panjat. Aku berhenti seketika ketika anak tangga yang ke lapan melihat mama.
"Naik cepat", Mama masih tunggu di bawah sambil mencekak pinggang. Masak sudah dengan perangai aku.
"Ala, mama pergilah masuk dapur tu dulu",
"Tak adanya. Nanti mama pergi, kamu turun balik". Balas mama merenung aku tajam.
Sebal langkah ku menuju ke tingkat atas.
Sesuah sampai di muka pintu. Tombol pintu aku kuak perlahan lalu lampu bilik aku buka. Kaki diatur masuk ke dalam.
Bulat mata aku melihat segala baju kotor bersepah - sepah di atas lantai. Beg sekolah tertungging dengan buku terkeluar. Kepala aku geleng. Inilah lelaki. Nasib mama tak buat sportcheck lagi.
Kalau tidak, memang innalillah jawabnya telinga mereka itu.
Aku melangkah mendekati katil yang berada di sebelah kiri. Dimana tempat Raf sedang lena dibuai mimpi.
"Raf, bangun". Pipinya aku cuit perlahan.
Dia berdecit lalu memusingkan tubuh membelakangi aku.
"Rafff bangun". Kali ini lehernya pula dilusuri dengan jari aku. Aku berhenti seketika pada pangkal lehernya lalu aku cuit perlahan.
"Nanti aku bangunlah", Balasnya. Tangan aku ditepis.
Aku merengus.
"Mama marahlah kau tak bangun lagi. Dia suruh kau bangun",
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
عاطفية-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...