"TAHU tak apa yang paling bermakna dalam hidup Raf?" Aku terdiam dikala mendengar soalan daripada Rian.
Air mata jatuh membasahi wajah.
"Widya, kau tahu tak apa yang paling bermakna dalam hidup Raf?" Soal Rian sekali lagi.
"An... Anak kami",
"Tak. Bukan baby dalam perut tu. Tapi kau. Kau yang sentiasa ada untuk dia. Raf kuat sebab kau, Widya", Ujar Rian lembut. Dia labuhkan punggung bersebelahan aku.
"Tapi Raf penipu. Dia rogol aku, Rian. Lapan tahun aku hidup macam orang bodoh yang tak tahu apa - apa. Aku serba salah dengan dia sangat - sangat sebab dia bukan lelaki pertama yang sentuh aku. Patutlah dia kata tak kisahlah apa lah... Rupa - rupanya dia yang rogol aku", Kataku perlahan.
Bukan mahu memburukkan Raf di hadapan Rian. Tapi aku perlukan ruang dan seseorang untuk bercerita.
Rian senyum.
"Aku faham kau marah. Aku tahu kau kecewa. Tapi kenapa kau tak cuba dengar apa yang Raf cuba nak beritahu? Apa yang Raf pernah buat pada kau lapan tahun lepas, bersebab",
Aku geleng perlahan.
"Aku takut dia tipu",
"Kalau aku beritahu kau, kau rasa aku tipu tak?" Soalnya.
Aku ketap bibir.
"Lapan tahun lepas, Raf dan Imdad kawan baik. But, relay dia orang as best friend forever tu rosak sebab Imdad tahu kau kawan rapat dengan Raf. Sepatutnya, dalam perjanjian dia orang, Raf kena kenal - kenal dengan kau dan selebihnya beri Imdad settle. Tapi tak. Raf dah sukakan kau dan dia tak nak lepaskan kau pada Imdad", Rian hela nafas.
Dia tersenyum tawar pada aku.
"Sebab marah, Imdad cadang nak rogol kau dan malukan kau satu sekolah Widya. Dia nak kau menyesal sebab tak nak cuba pandang dia. Raf takut Imdad buat macam tu. Sebab tu, dia rogol kau malam tu dan dia sendiri mengaku depan aku dan Imdad. Bila dia buat macam tu... Imdad dah tak boleh nak buat apa - apa. Secara tak langsung, Raf dah selamatkan kau Widya. Dia dah jauhkan dari jadi mangsa buli kat media sosial", Cerita Rian lagi.
Aku tahan esakkan.
Kenapa Raf tak sebut tentang Imdad semalam?
"Walaupun niat Raf baik... Dia sendiri rasa serba salah dengan apa yang dia dah buat pada kau. Siang dan malam dia mengadu pada aku dia takut kau tinggalkan dia. Dia takut kau bencikan dia. Dia selalu hadap mimpi ngeri berulang - ulang kali. Dan sekarang, mimpi ngeri tu jadi kenyataan". Lirih suara Rian.
Aku kelu.
"Ken... Kenapa sebelum ni dia tak pernah cuba nak beritahu aku? Kenapa selepas aku mengandung baru semuanya dia nak cerita?" Soalku perlahan.
Air mata yang membasahi wajah aku seka.
"Kalau dia cerira awal - awal, aku tak rasa kau dan dia akan kahwin lepas tu. Dia sayang sangat pada kau. Dia cuba kuatkan diri nak beritahu kau. Cuma dia tetap takut bila kau bencikan dia".
Air mata jatuh lagi.
Aku ni teruk sangat ke? Teruk sangat sampai tak mampu nak dengar apa yang Raf kata.
"Kadang - kadang, ada rahsia yang kita perlu simpan sendiri... Widya. Aku mengaku, benda paling teruk Raf pernah buat ialah sentuh kau tanpa kau rela lapan tahun lepas. Aku sendiri nak mengaku juga, benda paling teruk aku pernah buat ialah membunuh. Mana kau rasa lebih kejam?" Soalan Rian buatkan aku terkedu.
Dia tersenyum nipis memandang aku.
"See? Aku dah kata dulu yang aku kejam. Kau sendiri tak percayakan? Aku ni memang jahat", Dia tergelak hambar.Aku kunci bibir.
Tak tahu nak kata apa.
Aku takut kalau Rian marah pada aku pula.
"Sebelum jumpa Raf, aku hidup dalam rasa serba salah. Aku bunuh orang dengan tangan aku sendiri sebab aku marah. Tiap - tiap hari aku sakitkan diri sendiri, Widya. Aku rasa nak mati. Aku tak nak hidup. Tapi bila Raf datang, dia macam abang aku. Dia pujuk aku, dia percayakan aku. Sebab tu, bila dia hadap masalah macam ni aku bersungguh nak tolong dia. Cuba kau beritahu aku. Apa yang kau akan buat kalau kau ada kat tempat Raf?"
"Tak tahu..." Aku menahan esakan.
Aku keliru dengan perbuatan teruk Raf untuk selamatkan aku dari menjadi mangsa buli dan seksual Imdad. Tapi cara dia buat tu salah...
Allahu, aku tak tahu!
"Pentingnya kau dengan Raf, Widya... Dia boleh kawal perangai dia. Boleh tahan sisi hitam dia dari keluar. Kau jangan buat dia benci dengan diri dia. Kau boleh buat sisi hitam dia ada. Sisi hitam yang dia cuba buang",
Sisi hitam?
"Bad side. Kau pernah nampak bad side bad boy kau?"
Aku diam.
Bad side. Ya, aku pernah lihat tapi hanya secebis sahaja.
"Kau cintakan Raf?" Soalan Rian itu buatkan aku angguk perlahan.
Tipulah kalau aku kata aku boleh hapuskan perasaan dalan hatiku sedangkan aku tengah mengandung. Lagipun, baby ni juga mahukan Raf.
Rian tersenyum.
"Jadi, sekarang kau dah ubah fikiran? Kau nak balik tak jumpa suami kau?" Sekali lagi aku mengangguk bila dengar soalan Rian.
Aku nak minta maaf pada Raf.
Tak nak dia tertekan dengan aku.
Aku sayang dia.
"MANA Raf?" Aku pandang Rian dengan mata berkaca. Tak ada pun dia bila aku balik ke sini.
Rumah terkunci rapat. Tapi Raf tak ada.
"Aku tak tahu",
"Kau kata Raf tahu aku ada kat rumah kau", Aku mula menangis. Hati aku tak tenteram bila Raf tak ada.
Aku nak jumpa dia!
"Yes, Raf tahu kau ada kat rumah aku. Tapi dia kata dia takkan pergi ke rumah aku sampai aku sendiri hantar kau balik. Dia tak nak kau marah dia dengan lebih teruk. So, aku tak tahu dia pergi mana". Balas Rian sambil raup wajahnya.
Dia pun resah juga macam aku.
"Mana kau husband", Ucapku bersama esakkan.
Kalut aku selongkar beg tanganku dan nombor Raf aku dail.
Tapi tak dapat juga.
Berkali - kali aku buat benda yang sama.
"Rian aku tak boleh call Raf!"
"Kau jangan menangis. Kejap aku cuba call dia", Cepat - cepat Rian keluarkan telefon bimbit. Dia juga buat perkara yang sama seperti yang aku lakukan tadi.
Aku pandang seluruh ruang rumah.
Air mata jatuh.
Jahatnya aku semalam. Tergamaknya aku buat Raf macam tu...
"Wid... Widya", Suara gugup Rian buatkan aku memandang wajahnya.
"Mana Raf?" Soalku cemas.
"Raf..." Rian telan liur.
Matanya berkaca dan air matanya jatuh buatkan hatiku dah tak sedap hati.
Allah, peliharalah suamiku...
"Dia accident. Break kereta kena potong",
Saat itu juga aku melorot jatuh.
Hati ni rasa bagai direntap.
Ini balasan aku sebab jadi isteri derhaka buat seorang Alfan Rafisqi ke?
Raf....
Aku nak suami aku!
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...