SUDAH 15 minit kereta di parkir di kawasan letak kereta. Namun, Rian masih lagi tidak berganjak dari kerusinya. Begitu juga aku. Air mukanya masih jelas nampak marah. Aku rasa dia tentu marah kerana sikap degilku suatu tika dahulu.
“Aku minta maaf”. Sebelum dia bertindak menghamburkan amarah lebih baik aku dulu yang mengaku salah.
Rian mengetap gigi.
Stereng kereta ditumbuknya kuat membuatkan bahu aku sedikit terhinjut. Sumpah, aku memang terkejut.
“Rian…”
“Jantan tu memang nak mati. Dia tak kenal lagi siapa Raf”, Gumamnya sendiri. Seakan menaruh dendam.
Raf? Harus ke saat ini nama Raf disebut?
“Rian…”
Rian terus pusing badannya menghadap aku. Tajam matanya itu merenungku sehinggakan berkali - kali juga aku menelan liur. Seram.
“Kau dengar cakap aku. Kalau jantan tu cuba ajak kau jumpa atau pun mengugut, kau beritahu aku. Tak payah fikir aku tengah sibuk atau apa - apa sekalipun. Beritahu aku. Faham?”
Aku mengangguk laju.
Waktu ini tak ada gelengan. Jika aku membantah mungkin Rian akan memarahi aku. Sudahlah angin dia tak baik sekarang.
“Jangan ambil mudah pasal hal ni, Widya. Jantan tu mesti dah dimanipulasi oleh Uncle Wan untuk tergila - gilakan kau”. Tambah Rian lagi. Dia meraup wajahnya. Nafas disedut sedalam mungkin. Mahu menenangkan hatinya.
Aku terkedu.
Dimanipulasi oleh Uncle Wan untuk tergila - gilakan aku? Untuk apa? Agar lelaki itu dapat membuatkan hubungan aku dengan Raf bertambah renggang? Tapi kenapa Uncle Wan perlu buat begitu lagi sedangkan hubungan aku dan anaknya sememangnya sudah renggang? Haih. Tak faham aku!
“Jom lah masuk dalam. Aku nak minum”, Suara Rian membuatkan aku kalut melangkah keluar apabila dia sudah keluar dari kereta. Keretanya dikunci lalu lengan aku di tarik agar aku mengikuti langkahnya.
Kitty’s Café. Sempat lagi aku mengerling nama kafe itu.
Pintu di tolak Rian. Aku dulu - dulu di tolak masuk ke dalam kafe. Kemudian, barulah dia melangkah masuk.
Teruja pula aku melihat seluruh kawasan kafe. Comel betul. Warna merah jambu dan banyak juga corak Hello Kitty diseluruh kafe dan tapak kaki kucing. Andai kata Ayeen turut datang bersama kami tentunya dia akan rasa yang sama seperti diriku.
“Jom duduk sana”.
Aku hanya mengekori langkah Rian sambil mataku tidak lepas melihat seluruh kafe. Di hujung sana terdapat satu tempat yang tertutup tetapi lut sinar. Aku boleh nampak anak - anak kucing. Geramnyaaa!
“Nanti - nantilah, kucing tu. Makan dulu”. Tegur Rian.
Kerusi di tarik lalu aku melabuhkan punggung. Begitu juga dengan Rian.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
عاطفية-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...