AKU mengerutkan dahi tatkala hangat cahaya mentari menyuluh wajahku dan bunyi kicauan burung menyinggah di halwa telinga. Perlahan - lahan kelopak mata dibuka. Keningku hampir saja bertaut apabila melihat persekitaran tempat tidurku bukannya di atas sofa. Tetapi, di atas katil di dalam bilikku sendiri.
Bila aku berjalan masuk ke dalam bilik?
Aku menggeliat perlahan. Sekilas, gebar yang menutupi tubuhku di alihkan. Baru sehaja aku ingin turun dari katil, wajah Raf yang tampak sugul itu menjengah retina mataku.
"Morning... Raf". Sapaku bersama sengihan.
Dia tidak menjawab. Kaki di atur mendekati aku. Kemudian, dia terus saja melabuhkan duduk dikala tiba di birai katil.
"Pukul berapa aku masuk bilik ya? Aku. tak. ingat".
"Aku angkat kau semalam. Kau nampak macam tak selesa tidur macam tu". Tukasnya tidak bernada. Lama matanya merenung wajahku. Hari ini dia tak nampak ceria. Sugul saja wajahnya.
"Kau okey?" Soalku lembut.
Dia meraup wajahnya. Muka aku di tenungnya lalu kedua - dua tanganku di capai. Aku terkebil - kebil memandangnya.
"Eh.. Kenapa ni?"
"Widya, kau cintakan aku?" Soalan aku dibiarkan tidak dijawab. Dia pula yang melempar soalan.
"Mestilah". Laju aku membalas. Sekali dengan anggukan untuk meyakinkan Raf.
"Kau cemburu tak kalau perempuan lain cuba nak rampas aku?"
Cemburu? Usah disebut sebaris perkataan itu. Cemburu aku kepada perempuan lain yang diam - diam merenung Raf pun cukup membuatkan cemburu itu menjadi sebuah gunung yang tinggi.
"Soalan apa ni?"
"Jawab soalan aku dulu, Widya". Tegasnya.
Aku hanya mengangguk.
"So, kau kena ikut aku pergi somewhere petang ni".
"Somewhere?"
Raf mengangguk laju. Pandangannya yang berharap itu membuatkan aku jadi serba salah. Nak ditolak tak sampai hati. Nak setuju pun aku was - was. Bukan tak percayakan Raf. Tapi aku risau kalau tempat yang dia nak bawa aku itu penting dan aku bakal mengecewakan dia.
"Widya, pleaseee..."
"Raf, aku..." Aku tersengih serba - salah.
"Kau tak nak ikut aku. Okey, aku faham. Lepas ni, dalam majlis tu aku tak payah kisahlah kalau ada perempuan datang pada aku dan peluk, cium aku". Kata Raf sinis. Tangan kekarnya yang menyentuh tanganku di alihkan. Bila dia berura - ura ingin bangun, pantas tarik sebelah tangannya.
"Aku ikut!" Balasku pantas.
Memikirkan Raf bakal dicium mahupun dipeluk oleh mana - mana perempuan yang berpakaian sendat cukup membuatkan hatiku ini menggelegak. Jangan harap aku nak buka peluang untuk perempuan lain. Ini, Widya!
Raf senyum senget.
Rambutku diusapnya lembut lalu dahi aku diciumnya.
"Kau pergi mandi. Aku akan letakkan baju untuk kau yang aku baru beli semalam". Katanya. Belum sempat aku mahu bertanya, dia terus saja menonong pergi bersama senyuman.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...