"TUNGGU sini diam - diam. Aku nak pergi ambilkan air", Bicara Rian buat aku anggukan kepala.
Aku hanya memerhatikan Rian yang sudah hilang dari pandangan.
Bibirku diketap kuat tatkala melihat Raf mara ke arahku dan tanganku dicapainya kasar memaksaku agar aku mengikutinya.
Apabila jauh dari pandangan orang, dia tolak aku pada dinding.
Mata helangnya merenung tajam pada wajahku. Aku nampak hanyalah api amarah sahaja yang terbias.
Apa salah aku sampai kau marah macam ini sekali?
"Kau nak jadi isteri nusyuz ke perempuan? Keluar dengan lelaki lain?" Soal Raf kasar.
"Habis kau tu nak jadi suami dayus ke? Tinggal aku terkontang - kanting kat rumah seorang diri? Aku mengandung anak kau tahu tak? Aku bawa perut ni ke hulu hilir. Tapi kau tinggalkan aku seorang kat rumah. Kau keluar dengan perempuan lain. Bagus sangat ke kau sebagai suami?!" Sindirku.
Raf merengus.
"Kau balik. Aku benci kau ada kat sini".
"Aku bukan datang dengan kau. Aku datang dengan Rian. Selagi Rian tak balik, aku takkan balik". Tegasku.
"Balik lah. Kau ingat kau cantik sangat ke? Make-up serupa hantu. Hodoh". Cemuhnya.
Memang hati sakit.
Tapi aku cuba kuat. Biar Raf nampak buku bertemu ruas.
Kalau dia nak degil, aku pun akan jadi degil.
"Aku tak kisah pun kau kata aku hodoh. Rian cakap aku cantik". Balasku bersahaja.
Alang - alang Raf benci sangat pada Rian. Jadi aku letak sekali je lah Rian dalam topik ni.
Lantak Raf nak mengamuk ke apa. Peduli apa aku.
"Aku suami kau. Apa masalah kau ni?! Balik lah sial!" Tengkingnya.
Aku cebik bibir.
"Tak nak". Aku tolak tubuh dia dan berura ingin pergi. Namun tiba - tiba aje Raf tarik lengan aku dan bibirnya bertemu dengan bibir aku. Kasar.
"Ra.."
"Balik. Aku tak nak kau ada kat sini. Jangan buat aku sentuh kau macam apa aku buat kat rumah tadi". Tuturnya berbaur ugutan.
"Kau jahat. Aku mengandung tau tak? Walid jenis apa kau kalau nak bunuh anak kita sendiri?" Soalku geram.
Kadang kala aku rasa dendam Raf pada aku kelak akan menjejaskan bayi yang dikandung aku.
Baik aku cari Rian.
"Raf", Suara lembut itu membuatkan perhatian kami teralih.
Raf laju je jarakkan tubuhnya dari tubuhku. Oh, jadi dia memang sayang sangat pada perempuan ni? Atau Raf sengaja nak sangat sakitkan hati aku?
Fine. Aku ikut rentak kau.
"Baby", Raf senyum senget.
Cepat dia paut pinggang perempuan yang dipanggil Malissa tadi.
Baby? Aku dengar macam Raf sebut bab*.
Aku salah dengar kut...
"Apa you buat kat sini Raf?" Soal perempuan itu sambil pandang wajah suami aku. Ceh. Nak mengaku suami pun aku dah malu.
"I..."
"Maafkan saya". Aku senyum pada Malissa.
"Kenapa?"
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romansa-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...