PEMANDANGAN luar dari tingkap jendela buatkan aku rasa macam hidup dalam sebuah istana besar dan dikurung di dalam sebuah bilik yang serba mewah. Namun sikit pun tak mampu menarik hatiku.
Aku hanya mahukan Raf.
Aku sentuh lembut perutku. Harap sangat Uncle tak cuba untuk buat apa - apa pada anak aku. Aku memang boleh jadi gila andai kata aku kehilangan anak kami.
Aku tak sanggup.
Pintu bilikku dikuak dari luar.
Aku terus undurkan tubuh sehingga bersandar pada dinding tatkala aku melihat orang bawahan Uncle Wan datang mendekatiku membawa sedulang makanan.
"Makan ni sundal. Kau mesti makan!" Pesan lelaki itu tegas.
Muka bengisnya itu betul - betul menakutkanku.
Aku tepis tangannya tatkala tangannya naik menyentuh wajahku.
"Makan. Kalau kau tak nak jadi makanan aku, lebih baik kau makan". Pesan lelaki itu sambil tergelak sinis.
Aku ketap gigi.
Dasar jantan hidung belang!
Namun aku hanya mampu mengucapkan bicara itu di dalam hati. Mahunya aku kena kalau aku cakap depan dia
Dia letak dulang di sebelahku dan dia keluar dari bilik.
Bum! Pintu bilik di tutup rapat.
Aku perhatikan makanan yang terhidang.
Agak pelik bila Uncle Wan hidangkan makanan yang enak - enak sedangkan dia benci aku. Betul ke dia nak cucu dia atau pun niat dia lain sebenarnya?
"Jangan makan apa - apa?" Bicara Rian tadi buatkan aku jadi hairan.Aduh, aku buntu sekarang ini.
Betul ke Rian jahat? Betul ke Rian belot pada Raf? Kalau betul kenapa dia macam cuba berikan amaran agar aku tak makan apa - apa makanan yang diberikan Uncle Wan?
Pintu bilik mandi di buka dan kemudiannya aku buang semua makanan yang diberikan oleh orang bawahan ke dalam lubang jamban.
Memang berdosa bila buang makanan begini. Tapi aku rasa tak sedap hati kalau aku makan semua makanan yang diberikan tadi.
Tap... Tap... Tap...
Darahku berderau tatkala ada seseorang menyentuh bahuku.
Terus aku menoleh sambil mengacukan dulang yang di pegangku. Manalah tahu kalau - kalau orang bawahan Uncle Wan datang semula untuk mengapa - apakan aku. Memang aku akan ketuk dia pakai dulang yang keras ni!
"Ganasnya", Teguran Raf buatkan aku terkejut dia apabila melihat dia berdiri di hadapanku.
Terus aku peluk lembut tubuh dia.
Air mata terus sahaja mengalir tatkala Raf membalas pelukanku.
"Aku rindukan kau, husband", Aduku bersama tangisan.
"Shh... Aku minta maaf. Aku terpaksa biarkan orang tua tu buat apa aje pada kau tadi. Aku tak nak rosakkan rancangan", Pujuknya lembut.
Rancangan?
"Rian jahat, Raf. Dia belot kau",
"No, sayang. Aku yang suruh Rian beritahu orang tua tu tentang kau. Aku suruh Rash, Rizky dan Fahim supaya jangan lindungi kau sungguh - sungguh. Aku memang nak orang tua gila tu tangkap kau dan bawa kau ke tempat ni", Katanya lembut.
Aku terkelip - kelip pandang dia.
Tak mengerti apa yang Raf cuba rancangkan sebenarnya.
"Aku nak kau sabar. Lepas ni banyak yang kau akan kena dengan orang tua gila tu dan juga mummy. Aku nak kau kuat untuk aku dan anak kita. Dengar cakap Rian. Dia ada kat sini nanti. Jangan makan apa - apa pun yang orang tua gila tu berikan pada kau", Pesannya lagi.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...