SAKIT betul hati aku. Rasa geram pun ada pada Raf. Sampai hati dia tipu aku lepas aku percayakan dia bulat - bulat. Aku sanggup tunggu dia lima tahun. Tapi ini yang dia balas pada aku?
Aku tak makan pun sekali dengan mereka. Tekak aku rasa macam telan pasir aje bila melihat Raf pegang anaknya sambil disuap oleh isterinya. Nasib baiklah petang tadi Rian belanja aku. Tak lah rasa terlalu lapar sangat.
Tubuh di rebahkan di atas katil.
Raf...
Lima tahun lalu sewaktu dia merayu kepada aku agar memutuskan hubungan kami berdua, aku dapat mendengar suara terdesak. Raf juga seperti terpaksa untuk berpisah sementara denganku. Namun kini, bila aku lihat dia pulang bersama - sama perempuan dan kanak - kanak lelaki itu... aku nampak Raf bahagia. Aku kenal pandangan matanya itu.
"Walid!" Suara kanak - kanak lelaki itu masih segar bermain di dalam mindaku. Kemudian, senyuman manis Raf pula menyusul.
Ahhh... hati aku ni makin sakit. Rasa berdarah - darah.
Pintu bilik aku di kuak dari luar. Aku terus duduk tatkala melihat isteri Raf berdiri di hadapan pintu.
"Boleh kakak masuk?" Soalnya lembut.
Aku hanya mengangguk. Tak tahu nak cakap apa. Sopan sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelahku. Aku tetap memandang wajahnya.
Cantiknya. Mukanya juga ada iras - iras Raf. Mungkin jodoh.
"Widya marah pada kakak ke?" Dia mula membuka bicara apabila aku hanya diam membisu.
Bukan aku sombong. Aku cuma nak pujuk hati ni terima yang Raf sudah jadi milik orang. Bukan milik aku lagi.
"Tak".
"Habis kenapa Widya tak nak makan sekali? Abang pujuk pun, Widya buat tak tahu je". Ujarnya hairan.
Abang. Rasa berderau darahku bila dia memanggil Raf begitu.
"Saya dah kenyang. Lagipun petang tadi kawan saya dah belanja makan", Balasku sambil tersenyum kelat. Agaknya isteri Raf ini cuba beramah mesra dengan aku.
"Wi..."
Isteri Raf baru sahaja nak buka mulut tiba - tiba sahaja budak lelaki tadi terkedek - kedek masuk ke dalam bilik aku tatkala melihat ibunya berada di sini.
"Mama!" Budak lelaki itu terus menerpa ibunya.
Walid - mama? Kenapa pelik sangat panggilannya? Bukan selalu walid dan ummi manakala mama dan papa? Hish, kenapa kau perlu sibuk Widya? Suka hati mereka lah!
"Widya, kenalkan ni Rafar Adami. Anak kakak",
Aku tersenyum kelat melihat isteri Raf mengusap lembut kepala anaknya. Rafar Adami. Namanya juga sudah hampir seiras dengan Raf. Hmmm...
"Adami, pergi jumpa ummi. Adami daripada dulu asyik merengek nak jumpa ummi kan?" Kata isteri Raf.
Hah? Ummi!?
"Ummi macam sedih je. Adami tak nak kacau ummi". Balasnya perlahan. Sesekali anak mata bulatnya itu mencuri pandang wajahku.
Aku ummi dia? Bila masa pula aku jadi mak angkat ni?
"Pujuk lah ummi". Tokok isteri Raf lagi. Alahai, kalau dah kahwin dan ada anak, tak perlulah sampai nak kongsi anak dengan aku. Dia dah dapat Raf, aku angkat bendera putih ajelah.
Adami datang pada aku pula. Dia memanjat naik katil dan dia duduk di atas ribaku.
Comelnya. Muka macam Raf versi kecil.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...