"HUSBAND", aku tegur Raf dengan suara separa berbisik. Membahang wajah aku gara - gara kami diperhatikan oleh semua orang. Lengannya aku tarik lembut.
"Sayang, aku tak suka doktor lelaki", Balas Raf perlahan.
Aku kemam bibir.
Dah klinik swasta ini hanya ada dua orang doktor lelaki. Nak buat macam mana lagi?
"Doktor ganti tak ada ke?" Soal Raf kasar.
Aku rasa kesian pula melihat wajah cuak gadis penjaga kaunter klinik ini. Mesti dia pelik dengan tingkah laku Raf.
"Husband",
"Tak ada encik. Saya minta maaf tapi encik boleh masuk sekali dengan isteri encik kalau encik nak", Jawab gadis itu penuh berhemah.
Raf merengus.
"Kau ni teruk!" Ujar Raf penuh sinis lantas dia berjalan mendahuluiku. Sebal nampaknya suami aku ni.
"Maafkan saya, cik". Ucapku serba salah.
"Tak apa puan", Jawabnya sopan.
"Sayang!" Raf paut pinggang aku membuatkan aku kalut ikut dia. Berjalan masuk ke pintu bilik yang terkuak.
Matanya menjeling tajam semua orang yang masih menunggu.
"Tengok - tengok apa?!" Sergah Raf kasar.
Wajah cuak orang lain membuatkan aku lagi teruk menahan malu. Ya tuhan, apa jadi dengan suami aku ni? Cemburunya lain macam!
Malas nak jalan lambat - lambat, aku kalut tarik tangan dia agar ikut langkah aku masuk ke dalam bilik rawatan.
Pintu bilik rawatan ditutup perlahan.
Aku menapak mendekati doktor lelaki yang tampak segak mengenakan kot putih. Mesti Raf juga nanti segak sebegitu rupa lepas dia mencapai cita - citanya kelak.
"Silakan duduk ci... "
"Puan. Puan Widya Arluna", Potong Raf membuatkan aku senyum saja bila melihat wajah blur doktor itu.
"Oh, sila - sila duduk Puan Widya", Dia menggamit aku duduk di hadapannya.
Aku hanya akur. Namun Raf tak berdiri kaku dihadapan pintu. Dia turut mengekori aku sehingga berdiri betul - betul disisiku. Sampai aku tengok cuak si doktir itu jadinya bila suami aku mula tayang perangai bad boy dia.
"Jadi apa masalah puan?"
"Sa..."
"Kau doktor takkan tak tahu sebab apa bini aku datang kat sini? Lembab gila doktor macam kau ni", Selamba sahaja Raf mengutuk doktor muda itu.
Aku peluk erat pinggang Raf lalu cubitan persis ketamku singgah kasar pada perutnya.
Geram aku dari tadi dengan perangai tak matangnya.
"Macam ini doktor, kawan saya kata saya mengandung. Tapi masalahnya saya tak alami pun simptom - simptom orang mengandung", Terangku.
"Puan baru kahwin ya?"
Aku angguk saja.
"Macam inilah, saya akan panggilkan nurse untuk temankan puan buat urine test", Katanya.
"Baik",
"Nak ikut",
"Husband tunggu sini ya?" Pujukku apabila melihat seorang nurse wanita datang ke arah kami.
Raf buat muka.
"Nak ikut", Dia ulang lagi.
"Duduk sini, husband". Seusai kata begitu, aku bangun mengikuti langkah nurse wanita itu.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...