“KENAPA bibir kau lebam - lebam ni? Kau bertumbuk dengan siapa?” Soalku garang tatkala melihat Raf menghampiriku dengan wajah yang selamba. Buku rujukan diletakkan di atas meja. Lalu aku pusingkan kerusi menghadap Raf yang sudah melabuhkan punggung berhadapan denganku.
Raf mencebik.
“Aku lebam je. Bukannya kepala aku terkulai pun”, Balasnya.
Bibirku diketap. Geram betul aku dengan bad boy ni. Ayat dia sentiasa buat aku nak patahkan leher dia.
“Tak terkulai lagi? Dah tu kau buat apa duduk depan aku? Pergilah bergaduh sampai kepala tercabut. Nanti baru datang jumpa aku. Senang nak tanam”, Sinisku. Dia bagi ayat pedas, aku balas ayat berapi. Padan muka!
Raf tersenyum senget.
“Pernah tak aku cakap kau seksi?” Soalannya itu membuatkan keningku bercantum.
Apa jenis soalan yang dia tanya ni?
Nasib baiklah perpustakaan sekarang agak lenggang. Jikalau tidak, memang berbakul - bakul rasa maluku!
“Kau demam ya?” Aku tanya dia. Tanganku di angkat ingin menyentuh dahinya. Raf terlebih dahulu menangkap tanganku.
“Jawab soalan aku”. Arahnya.
Aku menjuih bibir.
Kepala digelengkan.
Tanpa aba - aba, Raf terus tarik lembut dagu aku sehingga kami bertentang empat mata.
“Kalau belum, aku nak cakap kau memang seksi bila kau marah. Aku suka”. Katanya seraya bibir merahnya menguntum senyuman nakal.
Pipiku mula meruap panas. Tangan kekar Raf ditepis kasar.
“Gatal!” Marahku.
Ketawa Raf terus meletus kuat. Aku juga yang terpesona melihat wajah cerianya itu.
Bibirku menguntum senyuman kecil.
Kenangan aku dan Raf ketika remaja benar - benar mencuit hatiku. Dalam serius - serius dia pun ada juga terselit perangai sengalnya yang membuatkan aku rasa geram dengannya.
Raf…
Aku mendongak memandang dada langit. Sengaja duduk di pondok sekejap. Nak ambil angin. Apatah lagi bila Raf seakan dilanda angin monsun sekarang. Agak menyeramkan.
Bulan yang cantik bersinar dengan biasan cahaya daripada sang matahari. Bintang pula mengelilingi bulan turut menghiasi langit meskipun waktu malam.
Telefon bimbit kesayanganku yang berada di atas meja batu itu aku renung lama.
Haih… Macam manalah hala tuju hidup aku jika aku berkahwin bersama Raf nanti? Masalah seringkali datang bertimpa - timpa. Tak selesai masalah Uncle Wan dan Imdad datang pula Aniq yang juga mahu mengharu - birukan hubungan aku dan Raf.
Telefon bimbit aku mula berdering. Cepat aku capai telefon bimbitku.
Manalah tahu Rizky mahu memaklumkan tentang perkembangan Rian. Namun begitu, senyumanku terus pudar dikala melihat nombor aneh yang terpapar pada skrin kunci telefon bimbitku.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...