Bab 50

12.8K 709 89
                                    

"SEBENARNYA, aku tak sabar nak tunggu baby tu keluar. Kalau Rian nak jadi abah... Aku nak jadi papa lah!" Kata Rizky sambil tayang sengih.

"Tak boleh. Aku dah jadi papa. Ayeen jadi mama", Bidas Rash.

Aku sengih tatkala Ayeen mencubit lembut dada Rash.

"Apa kau, Rash. Kau dah ada anak. Bagilah peluang kami nak dapat anak angkat. Kami single kut", Tukas Fahim tak puas hati.

Aduhai...  Berebut pulak dah.

"Tak kira.  Aku nak juga jadi papa. Kau perangai sengal mana boleh jadi papa", Kutuk Rash selamba.

Fahim merengus.

"Aku jadi abi lah senang", Putusnya.

"Kalau macam tu, aku jadi...  dad". Tak mahu mengalah, Rizky pun turut meletakkan panggilan untuk dirinya.

Aku menggeleng perlahan.

Perangai tak matang langsung.

"Kau bertiga ni buat malu je. Nak jadi ayah angkat pun perlu ke berebut? Nak sangat anak pergilah kahwin", Bebel Ayeen geram.

"Tak nak", Bidas Rizky seraya sandarkan tubuh pada sofa.

"Terima kasih ajelah. Aku tak minatlah nak kahwin, Ayeen". Sama juga dengan Fahim.

Rian diam.

"Tengok, bila aku suruh kahwin... Macam - macam alasan kau berdua bagi", Omel Ayeen geram.

"Rian,  kau okey tak?" Soal Rash hairan tatkala melihat Rian hanya diam tanpa bicara.

Aku pun pelik.

Dia tak banyak bercakap pun.

"Okey. Cuma..."

Bam!

Perhatian kami teralih pada pintu masuk Rash dikuak kasar.

Memang aku terkelu apabila melihat Uncle Wan yang menapak masuk ke dalam ruangan rumah milik Rash dan Ayeen.

Ma...  Macam mana Uncle Wan boleh tahu lokasi rumah Ayeen?

Sedangkan Raf datang ke sini pun secara sembunyi - sembunyi.

"Uncle nak apa?" Soal Fahim.

Mukanya tampak serius sahaja bertanya.

Uncle Wan tersenyum.

"Aku tak minta banyak, pun Fahim. Tak susah. Aku datang sini aku minta satu je..."

"Uncle nak apa!?" Soal Rizky bengang.
Benci sungguh dia pada Uncle Wan.

"Kenapa marah sangat? Aku datang sini cara baik kan? Aku tak musnahkan pun rumah kawan kau. Aku cuma datang sini nak tuntut dia",

Aku kaku tatkala jari telunjuk Uncle Wan tepat menghala ke arah diriku.

Dia nak apa dengan aku?

"Ikut aku, Widya",

"Tak. Tak nak!" Aku geleng kepala.

"Tak nak? Kau kena juga. Aku tak buat permintaan pada kau. Aku berikan arahan dan kau kena patuh arahan aku!" Tegas Uncle Wan.

"Eh, orang tua. Kau balik. Aku tak nak belasah kau aje. Macam mana otak tua kau tu boleh sampai rumah aku eh?" Soalan Rash buatkan Uncle Wan ketawa kecil.

"Rian",

Bicara Uncle Wan menghancurkan hatiku.

Ri...  Rian?

Her  Bad Boy - [ɌȺF]Where stories live. Discover now