Last Special💋 - Princess of bad boys

15K 814 37
                                    

"SELAMAT pulang kesayangan ummi!" Tegurku tatkala aku melihat Raf dan anak - anakku masuk ke dalam rumah.

Namun senyumanku mati tatkala melihat Raifa yang mencampakkan coklat dan bunga - bunga di atas lantai dan kemudiannya dia berlalu naik ke bilik tanpa mempedulikanku.

Kalau Raifa dah buat macam itu. Memang ada masalah yang suami dan anak - anak teruna aku dah buat. Sama naik sungguh bad boy tua dan bad boys kecik ni.

Haih!

"Siapa buat Raifa macam tu? Mengaku cepat!" Arahku.

Masing - masing menunding antara satu sama lain.

Raf tunding pada anak - anaknya manakala, Affan menundingkan pada Afwan dan si walid dan begitu jugalah si Afwan yang menunding abang dan walidnya.

Sah mereka semua yang buat masalah.

"Husband... apa yang dah berlaku ni?" Soalku sambil pandang seraut wajah serba salah Raf.

"Boys, kamu berdua beritahu ummi. Walid tak bersalah". Ujar Raf selamba.

"Tapi... walid yang mula dulu. Kami ikut je". Rungut Affan.

"Entah walid ni". Bidas Afwan juga.

Aku pandang wajah Raf.

"Fine. Tadi masa nak ambil anak - anak dari tadika... husband tengok ramai sangat budak lelaki kacau baby girl. Jadi husband pergilah marah budak - budak kat situ. Wifey, husband geram tahu tak budak - budak sekarang ni tak beradab. Tak padan dengan kemetot, kurang ajar sungguh. Memang tak pandai didik anak. Ada ke patut balik kasut pada husband? Eh, biadab betul bila husband ingat balik. Geram ni!" Bebel Raf sambil cekak pinggang.

Aku hela nafas.

"Husband, mereka semua budak".

"Budak pun mesti kena beradab". Bidas Raf geram.

Aku sentuh dahi.

"Husband nak minta diri dulu. Nak mandi". Pamitnya.

Diam.

Aku tahu Raf marah.

Bukan aku tak tahu. Niat Raf hanya mahu melindungi anak gadisnya. Aku faham, dia takut kehilangan Raifa.

"Ummi", Affan seru aku.

"Ya, sayang?" Soalku lembut.

Aku pandang Affan dan Afwan yang tayang muka serba salah. Habis comot muka dan baju anak aku. Haih la anak! Bergaduh ke bersekolah sebenarnya ni?

"Raifa malu. Semua kawan - kawan kat sekolah tuduh walid monster. Semua takut dengan Raifa". Adu Afwan.

"Kenapa?" Soalku lembut.

"Kawan - kawan lelaki buli Raifa. Sebab tu mereka tak mahu kawan dengan Raifa. Lepas tu... kami bergaduh". Jujur Affan pula.

Dia tundukkan wajah.

Aku terkebil - kebil.

Anak aku bergaduh? Seriuslah? Macam tak percaya je budak tadika boleh bergaduh. Bergaduh macam mana agaknya ya?

"Minta maaf, ummi. Jangan marah. Kami buat sebab kami tak nak Raifa kena buli. Kan ummi dah pesan kami kena jaga Raifa? Kami mana boleh biar Raifa kena buli". Bidas Afwan polos.

Aku tersenyum nipis.

Betul lah tu.

Aku tahu macam mana sakitnya perasaan dibuli. Aku pun selalu kena juga zaman sekolah dulu. Disebabkan aku tinggal jauh dari keluarga, memang aku selalu kena buli.

Her  Bad Boy - [ɌȺF]Where stories live. Discover now