AWAN - awan yang menghiasi langit biru itu memang tampak cukup indah. Apatah lagi dengan kehadiran pelangi selepas adanya hujan. Angin terasa lembut menampar wajah.
"Termenung apa?" Suara yang agak gemersik tiba - tiba menyapa pendengaranku, membuatkan aku hampir sahaja menjerit.
"Raf!" Aku mengetap bibir seraya itu mengetam perutnya berkali - kali apabila dia galak mengertawakanku.
Makin kuat dia ketawa, makin kuat aku mengetam perutnya sehinggakan kami berdua tergolek jatuh menuruni bukit yang menghijau. Kawasannya lapang. Jadi, tak sakit pun kalau terjatuh. Apatah lagi sekarang ini Raf yang menjadi pelapik buat tubuhku.
Raf, dialah lelaki yang paling aku sayangi selepas abang dan arwah papa.
"Widya..." Menggoda suara Raf menyeruku. Aku mengetap bibir melihat wajah kacaknya. Perlahan saja jari - jemari kekarnya mengusap kulit wajahku.
"I'm so sorry",
Perkataan maaf sudah beribu kali diucapnya untuk hari ini. Aku tahu dia sudah menyesal dengan apa yang telah dilakukannya.
"Aku maafkan kau, Raf. Tapi, tolong jangan ulang lagi apa yang kau buat". Pesanku.
Gara - gara sebahagian kecil dari sisi gelapnya telah di tunjukkan, aku sangat pasti bahawa Xandra dan dua lagi kawannya itu tak lagi berminat dengan Raf. Apatah lagi setelah apa yang dialami mereka ketika di sekolah tadi.
"Aku cuma mahukan kau. Aku nak lindungi kau. Aku hanya bad boy kau. Bukan orang lain". Tokoknya lagi.
Aku tersengih.
Bad boy kau.
Ayat itulah yang aku paling suka mendengar bila diucap Raf.
Mungkin orang akan kata taste aku pelik ataupun gila kerana sukakan bad boy. Tapi, itulah hakikatnya. Aku hanya cintakan Alfan Rafisqi!
"Raf, lagi dua minggu kau nak SPM. Boleh tak kau fokus untuk exam tu? SPM penentu masa depan kau". Pujukku.
Raf kemam bibir.
Entah kenapa aku rasa mahu ketawa melihat Raf. Dia tampak sangat comel tatkala membuat reaksi begitu.
"Raf...."
Dia mula berdecit tatkala aku menyeru namanya. Faham sangat maknanya jikalau Raf tayang reaksi begitu kepadaku.
Dia tak berjanji.
"Macam mana kalau ada orang nak jatuhkan. kau? Kalau Imdad cuba rampas kau dari aku? Macam mana aku nak tahan diri? Hmph... I can't, Widya". Adunya.
Aku ketawa.
Aku ingatkan bad boy sepertinya tak pernah overthinking mahupun berfikir tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi. Tapi telahanku itu sama sekali silap.
"Raf, macam mana kau kata kau tu aku punya, aku pun akan katakan perkara yang sama. Aku kau punya. Tak ada Imdad ataupun lelaki lain. Cuma kau, Alfan Rafisqi". Balasku.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...