SEBULAN berlalu, hari - hari aku menjadi semakin bahagia tanpa adanya gangguan dari Aniq. Semenjak di berikan amaran oleh Raf dulu, Aniq bagaikan lesap terus dari hidupku. Sekarang ini, aku langsung tak perlu risau apabila mahu keluar rumah. Tak perlu takut untuk di ganggu lelaki seperti Aniq.
“Widya…” Gemersik suaranya menyeruku.
“Hmm?” Soalku semula. Sepasang mataku tepat memandang wajah kacak Raf yang sedang terbaring di atas pahaku.
“Aku ada beli sebuah rumah. Hasil usaha aku sebelum kita kahwin. Jadi, aku nak ajak kau pindah”. Selafaz dia menyatakan hasratnya kepadaku.
Aku terkebil - kebil.
Pindah? Pindah keluar dari rumah ini? Hanya hidup berdua dengan Raf tanpa mama, abang dan Mak Rubiah?
“Jangan kau tanya kenapa. Tapi cuba kau fikir, lepas ni aku akan sibuk sikit. Kau sanggup ke jumpa aku jarang - jarang? Kau sanggup kita skype setiap hari?” Pancingnya.
Aku kemam bibir. Kemudian aku menggeleng.Sumpah aku tak sanggup. Skype mahupun video call dengan dirinya dulu juga merupakan satu penyeksaan kepadaku. Apatah lagi aku tak mampu untuk melihat apa yang dia lakukan apabila jauh dari diriku.
“Jadi apa pendapat kau?” Suara Raf bagaikan magis yang mampu menyedarkan aku dari mimpi yang panjang.
Terkelip - kelip aku melihatnya.
“Pendapat apa?” Soalku naif.
Raf tersenyum senget. Tangan kekarnya menarik lembut daguku lalu ciuman nipis menyinggah pada puncak hidungku.
“Pendapat untuk pindah lah. Aku nakkan privasi antara kita berdua”,
Aku menggigit bibir.Bukan aku tak mahu. Tapi, aku rasa tak sanggup pula mahu hidup berjauhan dari mama dan abang. Apatah lagi selama ini mereka yang berusaha membesarkanku.
Hujung bibir Raf terjungkit sedikit. Sinis.
“If your answer is no, that’s mean you can’t made to me if I meet another girls”, Ujarnya dalam nada sarkastik.
Gara - gara geram dengan ugutannya, aku cubit pipinya sekuat hati sehingga dia mengaduh kesakitan. Padan muka!
“Sakitlah, Widya”. Rungutnya. Berkerut - kerut dahinya sambil mengusap lembut bekas cubitanku tadi.
“Kenapa kau beria sangat nak ajak aku pindah? Kau ada agenda lain? Kau jangan buat pasal Raf… aku tahu kau buat bukan - bukan, aku belasah kau sampai lunyai!” Kataku berbaur ugutan. Pakej muka singa yang tak makan setahun di tayang.
Raf tergelak kecil.
“Seksinya muka marah dia… kau ni, aku kan dah kata aku nak privasi. Senanglah nak ‘bercinta’ kalau ada kat rumah sendiri. Kat mana - mana je aku boleh cium kau tanpa rasa malu”. Semberono aje dia berbicara.
Spontan wajahku membahang.
“Bukan sebab tu. Aku nak sebab lain”.
“Sebab apa lagi? Kalau sebab kerja, memang ya. Aku ajak kau pindah sebab dekat sikit dengan hospital yang aku tengah practical sekarang ni. Tambahan pula nanti senang aku nak ambil exam”. Kali ini kata - katanya buatkan perasaan geramku mula menghilang.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...