Bab 33

11.4K 721 22
                                    

LENGAN Raf aku peluk erat. Bibirku menguntum senyuman manis tatkala kami berdua melangkah mendekati Rian, Fahim dan Rizky.

Rindu betul dengan mereka.

"Hi!" Sapaku teruja. Aku baru je nak berlari anak pergi menyapa ketiga - tiga mereka tetapi tangan kekar Raf lebih tangkas memeluk pinggangku.

Aku tarik muncung panjang.

Wajah Raf aku dongak sambil tayang muka hairan.

"Jalan dengan aku. Kau jalan dengan budak tiga ekor tu, kita balik date dalam bilik je", Ujarnya berbaur ugutan.

Aku hela nafas.

"Baiklah husband", Tukasku sambil tayang muka geram.

Kalau dia datang sini pun dah cukup buat aku puas hati. Lagipun aku rindu nak main dengan kucing - kucing di sini. Semua comel - comel belaka!

"Jomlah masuk!" Gamit Fahim.

"Jom!" Teruja aku peluk lengan Raf dan berjalan masuk ke dalam kafe itu. Tak tahu kenapa rasa macam langkah Raf betul - betul perlahan. Dia macam seram sejuk pun ada nak masuk ke dalam kafe ini.

"Raf, kau okey?" Soalku lembut.

Dia senyum padaku.

"Okey. Jom", Langkah terus dibuka masuk ke dalam kafe itu.

Rizky, Rian dan Fahim tunggu sahaja di pintu utama. Memerhatikan aku dan Raf.

"22 years, Raf. Kau tak sanggup jejak ke tempat yang ada makhluk secomel kucing", Kata Rizky bersama sengihan.

Fahim gelak.

Rian pula senyum. Senget.

Seakan - akan sedang mengejek Raf yang mula tampak bengang.

"Kau beranikan diri kau dengan kitty sebab lovely wifey kau. Untung kau, Widya", Ujar Rian sambil tayang senyum nakal. Dia kenyit pada aku.

Blur aku jadinya.

"Shit la kau semua ni. Aku benam kepala kau bertiga dalam kolam belakang rumah aku juga nanti!" Kata Raf geram.

Mencarut pula dia dibuatnya.

Aku tahan senyum bila tiga serangkai itu ketawa kenakan Raf.

Jadi betul lah bad boy aku ni memang takutkan kucing. Oh my, husband.

"Disebabkan bad boy pecah rekod, aku belanja kau semua makan", Pelawa Fahim.

"Nak!!" Aku dulu - dulu menjerit seronok.

Raf ketap gigi.

Rian, Fahim dan Rizky saling berpandangan. Masing - masing tayang sengihan.

Aih, budak tiga ekor ni macam ada rancangan je nak prank Raf? Takkanlah?





PINTU yang diperbuat daripada plastik itu dikuak Rian lalu dia mempelawaku terlebih dahulu untuk masuk ke dalam ruangan bilik yang dipenuhi si bulus yang begitu comel.

Rambang mata bila aku melihat kucing - kucing tersebut dengan manjanya datang ke arah aku dan Rian.

Rian tutup pintu lalu dia bersila betul - betul dihadapanku.

"Dah lama aku tak jumpa kau, Widya", Ujarnya bersama wajah yang bersahaja. Muka aku pun tak dipandangnya seolah - olah dia langsung tak serius dengan bicaranya.
"Aku pun dah lama tak jumpa kau bertiga. Semua dah sibuk kan?" Balasku lembut.

Rian senyum nipis.

"Raf dia takutkan kucing. Dia tak pernah suka datang ke kafe kucing selama usia dia 22 tahun. Tapi sebab kau, Widya. Dia masuk juga tempat yang dia paling benci ni. He's really love you", Kata - kata Rian itu membuatkan aku anggukkan kepala sahaja.

Her  Bad Boy - [ɌȺF]Where stories live. Discover now