"WIDYA...." Raf mengetap gigi bila melihat aku dengan selambanya terduduk di atas lantai sambil menangis teresak - esak. Suaranya tegas namun tidak marah. Tapi lebih kepada malu. Ya malu.
"Sampai hati. Aku nak kek". Aku menangis lagi. Bila Raf menarik lembut lengan aku agar aku bangun. Dengan sengajanya aku melembikkan kaki.
"Kenapa ni?" Teguran seorang wanita tua mengalihkan perhatian Raf. Aku juga turut serta mengangkat wajah.
Raf garu dahi. Dia ukir senyum nipis.
"Saya tak tahulah mak cik. Tiba - tiba aje menangis kat tengah mall ni. Jom balik". Tukas Raf. Lengan aku di tarik - tarik agar mengekorinya.
Aku menggeleng laju.
"Mak cik... saya ni baru mengandung sebulan lebih. Mengandung anak dia juga. Tapi bila saya mengidam nak makan kek, dia tak bagi". Adu aku sambil menangis teresak - esak. Dari ekor mata, Raf sudah ternganga. Mungkin terkejut mendengar tuduhanku.
Bila tangan wanita tua itu menyentuh perut nipis aku... semerta tangisan terhenti.
"Alahai, kesian baby. Nak... jagalah isteri kamu ni elok - elok. Dia mengidam tu, layankan ajelah. Bukannya susah pun apa yang dia minta berbanding dengan dia bawa anak kamu ni sembilan bulan". Kata wanita tua itu buat aku tersenyum kemenangan.
"Tapi ma..."
"Kamu juga yang mengandungkan dia kan? Isteri ni pembuka rezeki. Anak itu pengikat hubungan kamu. Jaga hati dia. Layan aje kerenah dia. Tak lama pun, sembilan bulan aje". Tambah wanita tua itu lagi sebelum Raf sempat membalas.
Aku tahan senyum apabila melihat Raf menjuihkan bibir.
Namun senyuman aku mati tatkala wanita tua itu mencapai tangan Raf lalu meletakkan tangan Raf pada perut nipisku.
Aku terkaku.
Raf terdiam.
"Mak cik tahu, kamu berdua ni pasangan muda. Masih tak mahir lagi tanggungjawab sebagai ibu bapa ni. Tapi apa salahnya kalau belajar. Anak ni pun tak sabar nak tengok dunia. Jagalah dia elok - elok". Pesan wanita tua itu lagi.
Aku ukir senyuman hambar. Mahu saja mengalihkan tangan Raf yang mengusap lembut perut aku. Dia terangguk - angguk bila menerima nasihat wanita tua itu.
"Dah bawa isteri kamu pergi beli kek yang dia nak. Kesian anak kamu". Ucap wanita tua itu seraya tersenyum manis.
Aku sengih.
"Kami pergi dulu mak cik". Pamit Raf. Aku turut salam wanita tua itu sebagai tanda hormat. Sejurus itu, tubuh aku dirangkul kemas oleh Raf berlalu ke kedai kek itu.
Yey... kek!
"Mengandung anak aku huh?" Soalnya berbaur sarkastik. Bibir terjungkit sedikit. Sinis.
Aku tersengih serba salah.
"Kau yang tak bagi aku makan kek. Aku terpaksa buat macam tu. Lepas ni aku akan buat lagi kalau kau tak bagi aku makan kek". Kataku berbaur ugutan.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...