Anggap perempuan dalam gambar tu as Widya♡
---
“KALAU kita dapat anak lelaki, aku nak namakan dia Rifqi. Tapi dapat kembar pun macam best juga”. Malas aku nak layan Raf yang dari tadi tak berhenti berceloteh. Sepanjang mengemas dapur sehinggalah sekarang. Satu dapur ni juga tadinya riuh dengan suara dia seorang sahaja.
Mama pun hanya senyum sahaja melihat kerenah Raf.
“Sayang, kau dengar tak apa aku cakap ni?”
“Hmm”.
“Sayanggg”, Meleret suaranya menyeruku. Rambut aku yang terjuntai di tarik - tariknya.
Ya Allah, budak ni…
“Apa dia Raf?” Soalku geram.
Kacau betul aku nak tengok tv. Dari pagi tadi asyik berkepit aje dengan aku. Geram betul.
“Dengar tak apa aku cakap tadi?”
“Dengar, Raf. Aku dengar semua nama bakal anak - anak kita. Cuma kita baru je kahwin semalam. Masih terlalu awal untuk kita dapat anak”. Ujarku. Aku tak mahu Raf terlalu berharap untuk memiliki cahaya mata. Kelak nanti aku takut dia akan kecewa.
Raf menyimpul senyuman.
“Siapa kata tak boleh? Kalau Allah nak bagi juga, mustahil ke?”
“Itu namanya rezeki. Memanglah tak mustahil kalau Allah yang nak bagi. Tapi kita baru kahwin semalam, Raf. Semalam”. Ulangku lagi.
Raf tersengih.
Daguku di tariknya lembut.
“Muka tu jangan tayang macam tu. Kita kat ruang tamu. Takut terbabas je siang - siang ni”.
Aku membulatkan mata.
Astagafirullah… gatal betul suami aku ni.
“Raf, kau jangan buat aku tolak kau jatuh ke bawah”. Kataku berbaur ugutan. Tak sedar lagi tu kepala selamat landing atas riba aku. Masih nak nakal - nakal lagi.
“Ha, buatlah. Aku kurung kau dalam bilik sekali dengan aku. Kita usaha bagi dapat hasil. Selagi tak dapat, selagi tu jangan keluar bilik. Turun katil pun aku tak akan benarkan”.
Aku mengetap bibir.
Tangan aku acah - acah tolak Raf. Namun cepat - cepat aje dia paut pinggangku. Semberono Raf menyembamkan wajahnya pada perutku.
“Raf, gelilah”. Aku tak selesa bila dia sengaja selak bajuku lalu hidung mancungnya di gesel - gesel pada perutku.
“Tak sabar nak tengok kau mengandung anak aku. Mesti comel. Aku tak bolehlah nak bayangkan ayam katik tengah mengandung. Mesti kau berjalan terkedek - kedek nanti kan?” Katanya teruja. Sesekali perutku yang tanpa sebarang penghuni diciumnya.
Aku tersenyum nipis.
“Nanti aku mengandung, aku gemuk. Kau tak malu ke dapat isteri gemuk?” Sengaja aku nak menduga.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...