SUDAH masuk lima kali aku tawaf bilik air dengan berkemban. Seriau pula nak keluar bila teringatkan perangai gatal Raf yang mula terserlah sebaik sahaja kami sah menjadi suami isteri. Salah aku juga lah ni sebab cuai nak bawa baju sekali.
Pintu bilik air tiba - tiba di ketuk dari luar. Aku usap dada gara - gara terkejut.
“Widya, kau okey tak?” Soal Raf dari luar. Suaranya kedengaran risau.
“Ak… aku okey”,
“Habis tu kenapa lama sangat duduk dalam bilik air? Kau sakit? Kalau tak sihat beritahu aku. Dah setengah jam kau ada dalam tu”. Bebel Raf.
Aku meraup wajah.
Bibir di gigit.
Apa yang aku nak jawab ni? Kalau aku kata aku tak bawa baju, memang sah lah dia akan mengusik aku.
“Widya… kau okey tak? Jawablah. Kalau tak aku pecahkan pintu bilik air ni”. Ujar Raf berbaur ugutan.
“Jangan!” Sebelum dia buat betul - betul apa yang dikatakan tadi, lebih baik aku halang. Nanti tak pasal - pasal dia dapat free show. Aku juga yang malu!
“Beritahu aku kenapa kau berkurung dalam bilik air lama sangat?”
Apa yang aku nak cakap? Fikir Widya, fikir!
Pintu bilik air aku tenung dalam. Tak lama kemudian, lampu mula muncul atas kepala aku. Tak, aku tipu. Maksud aku, aku dapat idea.
“Rafff…” Meleret suara aku menyerunya.
Bad boy ni, kalau nak memujuk dia… kena jadi manja - manja. Barulah menjadi.
“Apa dia, Widya? Kenapa suara kau tiba - tiba jadi kucing parsi pula ni?” Serius suara Raf bertanya.
Aku menjuih bibir.
Kucing parsi dia panggil aku? Lantak lah. Parsi pun parsi lah.
“Boleh aku minta tolong tak?” Aku tanya dia lagi.
“Kau nak aku tolong apa?”
“Tolong ambilkan baju tidur untuk aku. Aku lupa nak bawa sekali tadi…” Perlahan suaraku membalas.
Tak lama selepas itu, ketawa Raf meletus. Kuat. Dah agak. Dia mesti gelakkan aku punya.
“Tolonglah. Aku betul - betul lupa ni”. Rayuku.
“Tak nak. Apa masalahnya Widya? Kau keluar aje lah ambil baju sendiri. Aku suami kau kan? Nak takut apa?”
Gila tak takut?
Raf tu dah macam singa gatal. Bukan. Lebih gatal daripada bapak singa yang nak mengawan. Aku dapat jamin aku takkan selamat kalau aku keluar dengan berkemban.
“Ambil lah. Kalau tak aku takkan keluar dari bilik air”. Ugutku. Dia nak main - main dengan aku, aku pun boleh main - main dengan dia.
Geram betul.
“Fine aku akan ambilkan baju untuk kau. Tapi kau kena janji kau akan pakai tanpa sebarang alasan bila aku bawa baju apa - apa pun untuk kau”. Pesannya.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...