LIMA tahun usia perkahwinan kami...
Usia anak aku pun sudah menginjak empat tahun. Empat tahun pun bukan mudah untuk aku harungi. Tambah - tambah lagi bila sifat Raf memang pantang benar dengan anak gadisnya yang seorang itu.
Rumah ni takkan pernah sunyi kerana perangai dua orang anak teruna aku itu. Haru sungguhlah. Seorang perangai memang sebiji macam walidnya. Seorang lagi turun betul perangai aku. Nasib baik rajin juga tolong aku. Takut agaknya gara - gara walid mereka sentiasa dituduh garang.
"Ummi! Ummi!" Ha tengok. Aku baru aje cakap yang seorang tu memang turun perangai aku.
"Ya Afwan. Nak apa?" Soalku lembut.
Rambutnya aku usap.
"Affan... ummi nak tahu tak... Affan suka Ay", Tak sempat Afwan nak habiskan bicara tiba - tiba aje Affan tekup mulut si adik.
Aku terkebil - kebil pandang kerenah Affan.
Wajah cerahnya bertukar rona. Telinganya juga turut bertukar sama.
"Affan, kenapa tekup mulut Afwan?" Soalku hairan.
"Afwan ni ummi. Tak pandai nak simpan rahsia langsung. Tadi janji bagai nak rak kata tak mahu beritahu ummi lepas tu dia beritahu juga. Sial sungguh la.... aduh ummi!" Merengek Affan dibuatnya tatkala aku cubit kuat pipi tembamnya.
Baru empat tahun dah pandai mencarut.
Nak kena Raf ni!
"Ummi sakitlah pipi Affan". Rungutnya.
"Mencarut lagi ummi cubit". Pesanku tegas.
"Tapi walid hari - hari mencarut ummi tak marah pun". Pandai pula Afwan menyampuk.
Aku cekak pinggang.
"Bila?" Soalku semula.
"Ada. Masa walid berborak dengan abah, abi, papa dan dad. Ummi tak marah pun. Ummi siap buat - buat tak tahu je". Adu Afwan tak puas hati.
Dia peluk tubuh kecilnya.
Begitu juga Affan.
Aku hela nafas.
"Yelah, lepas ni kalau walid mencarut... Affan dan Afwan beritahu ummi ya? Biar ummi pulas perut walid". Nak atau tak aku kena juga tabur janji. Kalau tidak, memang sah dah dua orang anak teruna aku ni merajuk dengan aku.
"Baik madam!" Jawab kedua - duanya serentak.
Aku senyum.
"Apa - apa pun. Mana Raifa?" Soalku hairan.
Jarang kembar bertiga ni mahu berenggang. Selalu sangat melekat bersama. Bila jalan bertiga... memang Raifa akan ada di tengah persis seorang puteri yang dijaga rapi oleh dua orang pengawal peribadi.
Cakap tentang Raifa. Anak gadis aku itu memang berbeza sedikit perangai dia. Dia tak terlalu lembut tak juga terlalu kasar. Dia cuma lebih cenderung sedikit kepada perangai Raf dan apa yang paling tak tahannya, anak aku tu tak suka kongkongan. Tapi masalahnya, si walidnya itu risau melampau. Pantang tengok lelaki dekat dengan anak dia. Kalut je dia mengumpan. Tak kiralah sama ada Rian, Rash, Fahim ataupun Rizky. Memang mereka akan bertekak kalau perkara itu melibatkan Raifa.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...