ADA perkara yang aku agak pelik dengan Affan. Bila Aynaa Hannani datang ke sini bersama Rash dan juga Ayeen, anak aku mesti akan bersembunyi. Sampai satu tahap, aku sendiri tak tahu mana dia bersembunyi. Sedangkan Aynaa memang mahu sangat berkawan dengan Affan.
Tak tahulah perangai malu tu dia ambil dari siapa sedangkan dia memang sembilan puluh peratus ikut perangai Raf.
"Wifey, where's my little bad boy? Afwan tak mahu kawan dengan husband sebab abang kembar dia hilang. Baby girl main dengan Aynaa". Ujar Raf.
Dia raup wajah.
Kadang kala, aku harus akui bahawa aku kasihan melihat Raf. Nampak macam terpinggir pun ada. Tapi nak buat macam mana. Perangai garang dia tu buatkan anak - anak kami agak takut dengan dia.
"Wifey tak tahu. Wifey pun tengah cari Affan. Husband tak rasa something?" Soalku lembut.
Raf pandang aku.
Mukanya tampak bingung.
"Apa?" Soalnya hairan.
"Affan mesti akan hilang kalau Aynaa datang. Takkan husband tak perasan? Muka anak husband tu jadi merah macam tomato".
Raf blur.
"So?"
"Husband! Affan tu suka Aynaa. Husband tak nampak ke?" Soalku geram.
Aduhai... nak kata lembab macam berdosa pula. Tapi itulah masalahnya. Raf memang lambat tangkap.
"Takkanlah. Kenapa tak gentle sangat anak kita tu? Hish. Biar husband ajar dia cara nak mengurat perempuan". Baru setapak Raf buka langkah, aku tarik kuat telinga kanannya sehingga dia terpaksa berundur semula ke belakang.
"Sakitlah wifey!"
"Jangan nak ajar anak kita benda pelik - pelik. Biar aje. Lagipun, sekarang ini waktu mereka bermain. Bukan bercinta". Pesanku.
Raf cebik bibir.
"Tapi wifey, kesian anak kita. Macam mana kalau besar nanti Aynaa tak mahu pandang Affan? Sakit tahu tak kalau kena reject. Biar husband tolong dia". Degil betul suami aku ni.
Aku peluk tubuh pandang Raf.
"Husband ajar anak kita bercinta... wifey halau husband tidur luar malam ni. Jangan masuk bilik". Tak ada pilihan lain selain daripada mengugut.
Raf keluh.
"Fine. Husband tak ajar". Balasnya lembut.
"Pergi keluar jagakan Afwan. Biar Wifey cari Affan". Kataku.
Raf angguk.
Mungkin dia tak mahu bertekak dengan aku. Sudahnya, dia angkat kaki dan berlalu keluar dari rumah kami.
Tanpa membuang masa, aku mengatur langkah menuju ke dapur. Selalunya di situlah menjadi tempat persembunyian Affan.
"Affan", Aku seru namanya.
"Affan anak ummi". Aku tersenyum nipis tatkala melihat kaki kecilnya terkeluar dari bawah meja.
"Sayang". Aku bertinggir di hadapan Affan.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...