BIBIR aku ketap. Rasa sakit menjalar urat saraf bila kaki kananku di bebankan dengan jisim tubuh. Tangan memaut erat pada penghadang tangga. Walaupun sakit, tapi elok untuk berlatih berjalan.
"Widya". Mama kalut mendekati aku bila dia melihat aku berura menuruni tangga.
Aku tersengih.
"Morning mama",
"Kenapa jalan seorang ni? Hisy, kalau jatuh macam mana? Jangan cari pasal Widya", Bebel mama. Tubuh aku cuba di papahnya. Aku menolak lembut tubuh mama.
"Widya okey mama...", Pujukku.
Tak mahu tubuh aku terlalu di manjakan. Alah bisa tegal biasa. Sakit itu mengajar erti keperitan. Kalau asyik di tegah, bila aku nak pulih?
"Nanti Raf nampak, marah dia". Gumam mama sambil memandang tunak wajahku. Rambut aku yang terjuntai, di selitnya lembut ke belakang telinga.
Aku tersenyum.
Memang sengaja nak buat dia marah. Awal pagi langsung aku tak nampak batang hidung dia. Aku bangun - bangun cuma lihat air dalam tub dah panas dan semua kelengkapan aku tersedia.
"Erm, abang mana ma?" Soalku.
Mama tersenyum lain macam bila mendengar soalanku. Dahi berkerut halus. Pelik ke soalan aku?
"Cari abang atau cari Raf?" Jawapan yang aku pinta, soalan yang di sua mama. Wajah mama tersungging senyuman nakal. Kening kanannya terjungkit sedikit.
Aku mencebir halus.
"Abanglah", Tukasku laju. Entah mengapa darah naik menyerbu wajah.
Mama ketawa kecil.
"Aban..." Belum sempat mama membalas, Pintu bilik abang terkuak dari dalam. Serentak itu pandangan kami teralih pada pintu itu.
Raf dengan rambutnya yang berserabai, bersinglet hitam dan seluar pendek separas lutut. Dia mengangkat wajah memandang aku dan mama. Seketika mata kami bertentang....
Wajahnya beriak terkejut.
Bibirnya melopong.
"Mama... er", Telinganya memerah. Dia terundur ke belakang. Pintu di tarik menutupi semula biliknya.
Bum.
Aku dan mama saling berpandangan. Mama ketawa bila melihat wajah terkebil aku.
"Kenapa mama gelak?" Soalku polos.
"Jom Widya, mama bantu kamu turun. Mak Rubiah buatkan kek coklat untuk kamu", Kata - kata mama buat aku mengukir senyuman teruja.
"Jom!" Kalut aku tarik - tarik lengan mama supaya turun bersama aku sehinggakan aku lupa tentang kesakitan buku laliku. Mengaduh juga aku bila hendak melangkah turun dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain.
Lama aku memandang mama yang membantu aku turun. Bibir mama masih tersenyum - senyum.
Aneh.
"Mama tak jawab pun lagi soalan Widya. Kenapa mama gelak?" Soalku. Mata terkedip - kedip memandang wajah mama.
"He's blushing". Mama tersengih.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...