Bab 48

12.1K 794 74
                                    

MEMANDANGKAN aku bosan sebab Rian bersembang dengan rakannya, jadi aku ambil keputusan untuk tengok keadaan di luar.

Tak tahu kenapa hati aku ni rasa tak sedap hati bila tengok Raf keluar dengan muka ketat tu.

Sebab aku tahu itu bukan satu tanda yang baik.

Raf baran.

Aku atur langkah berhati - hati ke melihat ruangan yang lebih mewah tersedia. Tatkala aku nampak Raf sedang mengamuk di situ...

Aku berhentikan langkah.

Raf marah?

Aku nampak dia kecewa.

Dia mengamuk pada mama dan Malissa yang tak berhenti untuk pujuk dia.

Tak tahu kenapa. Aku rasa teruk sangat.

Jahat sangat ke apa yang aku buat ni pada dia? Tapi dia sendiri seksa hati aku. Takkan aku tak boleh buat apa yang dia buat?

Aku terus pusingkan tubuh tatkala aku terasa bahu aku disentuh.

"Kau nak pergi mana?" Soal Rian hairan. Mungkin dia dah habis berbual dengan rakan - rakan dia agaknya.

"Aku tengok Raf. Tak tahulah. Hati aku ni rasa macam mana Rian. Aku kesian pada dia tapi dalam masa yang sama... Aku marah pada dia", Kataku perlahan.

Rian diam.

Lama dia pandang ke arah Raf dan dia kembali pandang wajah aku.

"Kau pasti Raf bencikan kau?" Soalan Rian buatkan aku tergamam.

Aku gelengkan kepala.

Aku sendiri tak pasti kerana Raf sendiri tak pernah akui bahawa dia bencikan aku. Cuma aku aje yang banyak buat andaian sendiri.

Rian hela nafas.

"Raf yang aku kenal... Dia tak pernah buat sesuatu tanpa sebab. Cuma aku tak dapat faham apa yang Raf cuba nak buat dengan Malissa. Tapi kali ni aku nampak dia sangat terseksa", Kata Rian jujur.

Aku ketap bibir.

Raf terseksa?

Sumpah, aku keliru sekarang ini. Apa yang buat Raf jadi macam ni?

"Jom balik. Tapi aku rasa mustahil sangat Raf tiba - tiba berubah. Sedangkan, dia betul - betul cintakan kau", Tokok Rian lagi.

Aku hanya diam.

Mungkin kedengaran agak mustahil Raf tiba - tiba berubah bencikan aku. Tapi tak mustahil juga sebab aku dah banyak sakitkan hati dia.

Ahhh, aku keliru!

Apa yang aku patut buat sekarang ini?














HAMPIR seharian aku keluar buatkan tubuhku terasa benar - benar letih. Namun mujurlah Rian sudi ingin hantarkan aku pulang semula ke rumah.

"Kau pasti ke nak tinggal kat rumah ni seorang? Raf tak balik lagi. Bahaya", Tegurnya tatkala aku sudah berdiri di pintu rumah.

Aku senyum nipis.

"Tak apa, Rian. Aku boleh aje tunggu Raf balik. Kau janganlah risau", Pujukku lembut.

Aku faham dia risaukan aku sebab aku mengandung. Tapi aku pasti Raf takkan lewat pulang ke rumah. Lagipun dia memang marah sangat pada aku tadi.

"Kalau macam tu aku balik dululah", Pamitnya.

Aku senyum.

Namun, senyumanku terus mati tatkala kereta Raf tiba dalam masa yang tepat. Tak parking kereta dengan betul, dia terus aje meluru ke arah Rian dan penumbuknya di lepaskan pada wajah kacak Rian. Cukup dua tumbukan sudah mampu melukakan bibir Rian.

Her  Bad Boy - [ɌȺF]Where stories live. Discover now