Bab 14

14.1K 831 64
                                    

TIGA minggu berlalu, tiada. Fahim. Tiada Rian. Tiada Rizky dan yang paling penting, tiada Raf. Gara. - gara aku mahu mereka fokus dalam peperiksaan, aku sanggup untuk tidak bertemu mereka berempat meskipun hati aku sarat dengan rasa rindu. Lebih - lebih lagi, Raf.

Terima kasih juga kepada Raf. Disebabkan sisi gelapnya yang ditunjukkan dulu, tiada sesiapa yang berani mengangguku lagi. Imdad juga lama menyepikan diri. Kemana perginya dia? Entahlah, aku sendiri tak tahu.

"Morning Widya!"

Aku hanya mengukir senyuman kecil tatkala disapa rakan sekelasku. Aku terus atur langkah menuju ke tempat dudukku.

Keningku hampir sahaja bercantum tatkala melihat sejambak bunga di atas meja.

Siapa bagi ni?

Mataku meliar memandang semua lelaki di dalam kelasku. Masing - masing menggeleng tatkala anak mataku bertemu mereka.

Mustahil mereka yang beri. Walhal, semua rakan sekelasku memang sudah arif dengan sikap Raf.

Aku mengeluh.

Beg galas aku letakkan di atas kerusi lalu sejambak bunga ros yang ada di atas meja milikku dibelek. Dahiku berkerut halus melihat sekepingkan yang terselit dibalik jambangan bunga itu.

When sun miss the moon, I'm always missed you.

I love you, Widya.

-Raf

"Aku rindu kau, Widya". Suara garau yang menerpa di belakangku membuatkan spontan berpaling. Mataku membulat melihat wajah kacak Raf yang tersenyum sinis memandangku. Bibir merahnya turut mengukir senyuman senget.

"Raf...." Aku mula sebak.

Tiga minggu cukup menyeksakan aku.

Terus aku menerpa Raf lalu tubuhnya aku peluk erat. Tangis terhambur saat tangan kekarnya menyentuh lembut rambutku lalu dahiku diciumnya.

"Shhh... Aku ada". Bisik Raf lembut.

Saat tersedar yang adagen kami di pandang rakan sekelasku, aku terus meleraikan pelukan.

Raf tersengih senget.

Jari jemari kekarnya dibawa menyentuh kulit wajahku lalu air mataku yang bersisa disekanya lembut.

"Kau suka bunga tu... Hmm?"

"Suka! Terima kasih". Ucapku perlahan. Bibirku terus melukis senyuman paling manis untuknya.

Raf ketawa.

"Widya!!" Suara Fahim, Rian dan Rizky menerobos halwa telingaku.

Aku menoleh memandang wajah mereka.

"Widya... Kau suka bunga tu? Cantikkan?" Soal Fahim sambil tersengih.

"Mestilah Widya suka. Kita duduk dua jam kat kedai bunga semata - mata nak tolong Raf pilihkan bunga untuk Widya". Kata Rian sinis.

Aku menoleh memandang wajah Raf. Telinganya mula memerah.

Aku tergelak kecil.

Tak berkedip semua rakan sekelasku melihat Raf. Mungkin aneh bagi mereka melihat Raf menjadi sebegini.

"Kau rindukankan kami tak Widya?" Soal Rizky sambil tersengih.

"Gila tak rindu. Mestilah aku rindukan kau bertiga".

"Betul ke?" Soal Fahim teruja.

Anggukan aku membuatkan Fahim dan Rizky berura - ura ingin memeluk aku.

Her  Bad Boy - [ɌȺF]Where stories live. Discover now