SUDAH seminggu berlalu, kes Raf menumbuk seorang lelaki kepada salah seorang kawan daddynya masih lagi menjadi berita sensasi. Bukan itu aje, nama aku juga turut terlibat sama di situ.
Saat wajah Raf terbayang pada ruangan mataku, bibir aku spontan melorek senyum kecil.
Bad boy.
Setiap tindakkannya takkan pernah dapat di jangka. Dia sentiasa takkan pernah gagal membuatkan aku tersenyum.
Tapi...
"Aku minta maaf Widya. Aku terpaksa tinggalkan kau selama lima tahun. Orang tua tu lah pandai - pandai daftarkan aku untuk sambung belajar ke Itali. Aku tak nak. Tapi aku tak boleh", Suara sayu Raf masih terngiang - ngiang di halwa telingaku.
Aku mengeluh perlahan.
Orang tua yang dimaksudkan Raf itu sudah pasti daddynya. Pandangan daddy Raf itu jelas sekali dia tidak menyukai kehadiran aku. Ataupun lebih tepat, dia mahu aku menjauhi anaknya.
Mungkin itu puncanya Raf dihantar ke Itali.
Persoalannya, macam mana aku nak hidup tanpa Raf? Walhal selama empat tahun, hidup aku sentiasa adanya dia meskipun pada permulaanya aku gerun dengan lelaki itu. Namun kemudiannya, aku tidak dapat menafikan bahawa hati aku juga turut mendambakan dirinya.
Kerusi kayu yang berada di sisiku kedengaran seperti di tarik. Aku hanya membisu dan membiarkan sesiapa pun penghuninya.
"Widya...," Suara garau Raf membuatkan aku pantas mengangkat wajah memandangnya. Mataku sudah berkaca - kaca melihat renungan lembutnya.
Raf... Dia tak pernah pandang aku selembut ini.
"Widya, aku dah cakap kan jangan menangis depan aku? Kau ni lembab lah", Marahnya perlahan. Jari jemari kasarnya mengusap lembut air mataku. Namun aku masih diam memandangnya.
Boleh ke aku bertahan tanpa dirinya?
Melihat pandangannya begitu tulus memandangku, membuatkan air mataku jatuh menitis.
Jujur, aku sendiri tak sanggup mahu berpisah dengan Raf walaupun tempohnya lima tahun. Itu sudah terlalu lama untuk diriku.
"Widya..." Raf berdecit melihat aku masih lagi menangis.
Dia ni kerja nak marah aje.
"Ma.. mana ada aku menangis dah". Balasku bersama senyuman tawar. Tangannya yang memegang wajahku di alihkan lalu aku menyeka perlahan air mataku.
Makin di seka, makin banyak yang keluar.
Aku sangkakan Raf akan memarahi aku kerana aku masih menangis. Tetapi aku silap. Tubuh aku di tariknya ke dalam pelukkan. Rambut aku di belainya lembut. Penuh kasih.
"Raffff". Aku mula teresak kuat apabila pelukannya bertambah erat.
"Janganlah menangis. Kau buat aku susah hatilah. Kau ni berapa kali nak ulang? Biar lembab jangan pekak!" Marahnya kasar. Aku tahu Raf berkata begitu kerana mahu menyembunyikan rasa sayunya.
YOU ARE READING
Her Bad Boy - [ɌȺF]
Romance-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cin...